[VIDEO] Niat Nak Cari Rumah Di Google Maps, Gadis Sebak Tak Sangka Terjumpa Arwah Ibu Tengah Berjalan

Pemergian seseorang yang disayangi terutamanya keluarga sendiri, pasti meninggalkan kesan buat kita sebagai seorang anak. Seorang remaja perempuan yang dikenali sebagai Lediaelan, telah memuatnaik video di aplikasi TikTok ‘terjumpa’ arwah ibunya yang telah meninggal dunia empat tahun lalu. Sebaknya tengok video ini… Sebelum ini, difahamkan Lediaelan ingin berkongsikan gambar rumah lama yang pernah ditinggal mereka [...]

Kehilangan seseorang yang disayangi terutamanya ahli keluarga sendiri, pastinya meninggalkan kesan buat kita sebagai seorang anak.

Begitulah yang dirasai oleh seorang remaja perempuan yang dikenali sebagai Lediaelan.

Seperti yang dikongsikan di TikTok miliknya, Ledialan telah kehilangan ibunya yang meninggal dunia pada 4 tahun yang lepas.

Walau bagaimanapun, secara tidak sengaja, rindunya terhadap ibunya telah terubat sedikit apabila menemui gambar ibunya itu di dalam Google Maps.

Kebetulan pada ketika itu, dia dikatakan sedang mencari rumahnya di aplikasi tersebut. Tanpa disangka, dia telah terjumpa satu gambar yang diambil oleh Google Maps memaparkan ibunya sedang berjalan kaki di kawasan berdekatan dengan rumahnya.

“Ibu saya meninggal dunia 4 tahun yang lalu. Tetapi di Google Maps, mama kelihatan sangat sihat. Tadi, saya saja mencari rumah saya di peta.

“Kerana ramai yang memberi komen bahawa mereka ingin melihat rumah saya sebelum saya berpindah.”

@lediaelanthanks for the 3.7M viewers❤️❤️##fyp ##viral ##fypシ♬ Surrender – Natalie Taylor

Sebelum ini, difahamkan Lediaelan ingin berkongsikan gambar rumah lama yang pernah ditinggal mereka sekeluarga sebelum berpindah kepada pengikut di laman TikTok. Dia mula mencari kedudukan rumah lamanya itu melalui pencarian di Google Maps.

Tetapi tidak sangka pula pada akhirnya dia ‘terjumpa’ arwah ibunya yang kelihatan tengah berjalan ke sesuatu lokasi. Remaja ini juga meluahkan rasa sedih dan sebak kerana diberi kesempatan menatap wajah ibu.

Tiada foto ibu dalam telefon

Tambahnya, dia sudah tidak mempunyai kenangan foto atau video ibunya kerana telefon pintar telahpun hilang.

“Saya benar-benar terkejut melihat Ibu berjalan. Terima kasih Google Maps. Saya tidak mengambil banyak gambar ibu kerana telefon bimbit saya yang hilang,” tulisnya.

Video yang dikongsikannya itu telah menjadi tular di media sosial dan sehingga artikel ini ditulis ianya telah ditonton lebih 3 juta kali daripada netizen.