Najib Razak Tinggal Nota Akhir Buat Keluarga, Sebelum Mendengar Keputusan Mahkamah

Hari demi hari, tahun demi tahun, kes jenayah kolar putih ini semakin meningkat di seluruh negara. Oleh hal demikian, pihak yang berwajib hendaklah memainkan peranan masing-masing dalam membendung kes jenayah korporat ini.

Memetik laporan Siakap Keli, bekas Perdana Menteri Malaysia, Mohd Najib bin Abdul Razak telah meninggalkan nota terakhir buat keluarganya.

Seakan sudah tahu nasib yang bakal menimpa beliau, nota itu ditinggalkan di atas meja sebelum bergerak ke mahkamah pagi semalam bagi mendengar keputusan mahkamah terhadap beliau.

Menerusi hantaran yang dibuat oleh pengguna laman Facebook Najib Razak, yang dipercayai dikendalikan oleh keluarganya, menyatakan bahawa ‘setakat ini’ sahaja beliau dapat bersama keluarganya.

Beliau turut mengungkapkan rasa pasrah dan redha jika itu takdir buatnya dan yakin dengan penghakiman di akhir kelak.

Berikut merupakan catatan Najib Rzak yang dikongsikan menerusi hantaran laman Facebooknya:

“Keluargaku,
Anak cucuku.
My family. My love.
Dari tahun 1976 Daddy mula aktif dalam politik dan perkhidmatan awam sepenuh masa.
Ke hari ini, 46 tahun lamanya.
46 years is a long time.
Daddy memilih mewarisi legasi nenda, meneruskan usaha nenda.
Daddy memilih kerja.
Dunia politik dan perkhidmatan awam ada kelebihan dan kekurangannya.
Merancang pembangunan.
Menggubal dasar kebajikan.
Mengurus ekonomi.
Mengukuhkan hubungan antarabangsa.
Menyelesaikan krisis.
Cabaran-cabaran ini dengan hasilnya yang baik membawa senyuman kepada Daddy.
Adakalanya hasil yang diharapkan tidak sebaik yang diinginkan. Tetapi cuba lagi dan lagi.
Melihat kembali, ia satu pengorbanan besar.
Tahun-tahun dan masa-masa yang ada datang dan berlalu begitu sahaja.
Dari subuh ke larut malam, ada saja urusan yang perlukan perhatian.
Masa makan pun bermesyuarat, berjumpa tetamu, tidak bersama you all.
My years have gone by dedicated to people, public service, politics.
A sacrifice I chose and I made.
A journey that was joyous with your presence but unfortunately I overlooked and could not always be there for you.
Satu perjalanan yang sedih sekali diserikan dengan kehadiranmu tetapi tidak terbalas oleh Daddy.
My family. My love.
Setakat ini sahaja yang Daddy dapat bersama.
Daddy pegang teguh kepada ajaran agama Islam.
Jika ditakdirkan ini perjalanannya dan dugaan Allah SWT.
Apalah daya Daddy manusia dan hambaNya.
Menanti keadilan dan penghakiman di mahkamah akhirat.
Di dunia kita hidup sementara, dibangkitkan di akhirat, bersama-sama nanti kita bahagia semula di sana.
Semoga Allah SWT melindungi dan merahmati keluarga kita sentiasa dengan kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Love you all.
Daddy
(Mesej yang ditinggalkan daddy atas mejanya untuk kami sekeluarga)-” tulis admin laman Facebook berkenaan.

Terdahulu, Najib Razak telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini turut dikekalkan.

Susulan keputusan itu dibuat, di akhir prosiding ini, Najib sudah mula menjalani hukuman penjaranya berkuat kuasa sejak semalam.

 

Hantaran laman Facebook Najib Razak: