“Escape room” Design Nak Masuk Tandas Dalam Rumah Ni Buat Netizen Pening!

Memiliki rumah sendiri adalah impian setiap individu. Manakan tidak, itulah tempat kita berkumpul sesama keluarga dan merupakan tempat yang selamat untum berteduh.
Iospital phone repair gombak
Pastinya kita akan melakukan ubah suai mengikut cita rasa tersendiri dan ‘sedap mata memandang’.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang individu berkongsi design nak masuk ke tandas dalam sebuah rumah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @lanpsyco, dapat kita lihat dia perlu membuka beberapa buah pintu untuk keluar daripada tandas.

“Nak berak pun sesat” ujarnya di ruangan kapsyen.


Lebih menarik perhatian lagi, pada akhir video dia menunjukkan pintu terakhir itu adalah ruang tamu. Situasi itu membuatkan ramai terfikir bagaimanakah keadaan jika seseorang itu sakit perut nanti.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat design rumah tersebut malah berseloroh mengatakan separuh daripada rumah tersebut adalah tandas.

“Separuh rumah untuk toilet je ni” – Netizen

Bukan itu sahaja, oleh kerana perlu membuka beberapa pintu untuk keluar daripada tandas, ramai daripada netizen yang menyamakan situasi tersebut dengan ‘escape room’.

Antara komen warga maya:

“Hahahaha ni escape room ke apa”


“Dibuatnya orang tu nekad tak jumpa jugak, dia hentam berak depan dapur tu haa baru tahu.. susah sangat jumpa toiletnya”

“Ini kalau dah hujung2 auto pecah pintu tu kang”

“Nak menangis kalau tak jumpa jalan keluar”

“Nak berak pun kena perah otak dulu la kalau gini”

“Mungkin masa tengah renovation terlebih beli pintu, buang kang bazir, pakai jela”

“Ni kalau aku main nyorok nyorok dengan anak buah aku ni confirm depa tak jumpa”


Video yang tular di laman TikTok:

@lanpyscho Nak berak pun sesat #fyp ♬ Kampung boy – Whosmoky