“Macam mana ibu beranak? Datang dari cacing ke?” Shuib Pening Anak Tanya Baby Datang Dari Mana

Meskipun sudah hampir 7 bulan isteri tercinta, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin pergi menghadap Ilahi, pelawak dan usahawan terkenal, Shuib tetap kuat meneruskan kehidupannya bersama anak-anak.

Kini, Shuib dilihat sibuk menguruskan keempat-empat cahaya matanya dengan bantuan ahli keluarga lain.

Menerusi InstaStory Shuib yang dimuatnaik semula oleh seorang pengguna TikTok @twenty281, memaparkan gelagat anak ketiga Shuib iaitu Mateen secara spontan bertanyakan soalan yang ‘luar daripada jangkaan’ sekaligus membuatkan dirinya terkedu dan tidak tahu bagaimana hendak memberikan jawapan.

“Daddy macam mana ibu boleh beranak? Entah-entah makanan tu jadi baby. Datang dari nasi lepas tu itu ke baby? Mateen beranak haa sudah.” celoteh Mateen

Pada masa yang sama, Talita anak kedua Shuib mengatakan bahawa dia tahu akan proses berkenaan dan dari mana ianya bermula.

“Dekta tahu baby datang dari bulat. Dia masuk dalam bulat tu kan? Bulat tu perut yang masuk tu cacing baby tapi bukan orang diperbuat daripada tanah ke? Betul lah Dekta diperbuat dari cacing bukan tanah.” kata Talita.

Namun begitu, Shuib tergelak kecil apabila anaknya bertanyakan seperti itu dan menyatakan bahawa anak-anaknya sudah besar.

“Ni maksudnya, anak-anak daddy dah besar” kata Shuib dalam video tersebut.

Video yang tular di TikTok:

@twenty281 😂🤣#fypシ ♬ Funny Song – Cavendish Music

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga turut terhibur dengan soalan yang diajukan oleh anak-anak Shuib.

Malah ada juga di antara mereka yang berkongsi pengalaman yang sama seperti Shuib.

 

Untuk rekod, Siti Sarah Raisuddin kembali ke rahmatullah pada 9 Ogos lalu selepas bertarung nyawa akibat jangkitan wabak pandemik.

Arwah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada 6 Ogos, arwah selamat melahirkan bayi lelaki yang juga anak keempat diberi nama Ayash Affan.

Shuib dan Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 2011. Mereka kemudian dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni (10 tahun), Dzhira Talita Zahra (8 tahun) dan Ariq Matin (6 tahun).


Sehingga artikel ini ditulis, video berdurasi satu minit 45 saat itu meraih lebih 789 ribu tontonan dan mendapat lebih 79 tanda suka di TikTok.

Sumber: TikTok @twenty281