Murung Masuk Kelas Sebab Puasa, Cikgu Ajak Buat TikTok Terus Murid Auto Segar

Beberapa hari lepas, tular tentang seorang ustazah yang terlebih bersemangat mengambil kehadiran murid bahkan ramai yang berpendapat bahawa murid akan lebih ceria apabila tiba waktu dia mengajar kerana tenaga yang luar biasanya itu membuatkan murid tidak bosan.

Terbaru, tular sebuah lagi video dimana seorang guru lelaki mencari satu inisiatif untuk membuatkan pelajar kembali aktif mencuri perhatian ramai. Manakan tidak, pada bulan puasa ni pasti mereka akan berasa sedikit lesu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @A.danial, kelihatan cikgu itu sedang berada di dalam kelas bersama anak didiknya.

Namun, difahamkan anak muridnya itu kelihatan tidak bermaya lalu dia mengajak mereka untuk bermain tiktok bersama-sama dengan menggunakan lagu yang sedang trending di TikTok.

“Masuk kelas terus tengok murung sebab puasa. Kita on kasi semangat sikit untuk anak-anak semua,” katanya.

Kelihatan guru tersebut melayan sahaja karenah anak muridnya yang rata-rata seperti sudah tahu bagaimana untuk menggayakan ‘trend’ TikTok tersebut. Secara tidak langsung, mood mereka kembali ceria dan kelihatan aktif.

“Waktu rehat anak2 semua tak boleh makan. Jadi, kita ambik mood biar anak2 semangat belajar sampai balik” Katanya menerusi kapsyen di sebuah lagi video lain.

Video yang tular di laman TikTok:

@_adanialMasuk kelas terus tengok murung sebab puasa. Kita on kasi semangat sikit untuk anak2 semua

♬ Pante Ting Ting – ZERZ’SOFTBOY🤺

@_adanial Waktu rehat anak2 semua tak boleh makan. Jadi, kita ambik mood biar anak2 semangat belajar sampai balik☺️ #fy ♬ Dj Akon Right Now NaNa Sloww – CORE MAGANG:(

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.2M tontonan, 205.5K tanda suka, 10.6K komen dan 6546 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat guru-guru dan anak murid yang sakan bermain TikTok agar dapat kembalikan mood hendak menimba ilmu.

“Cikgu nak anak-anak happy untuk nak mulakan pelajaran. Tak macam aku dulu, tengok cikgu pun rasa nak lari kelas” – Netizen

Dalam masa yang sama, ramai yang turut membezakan pendidik zaman sekarang dengan yang dahulu dimana rata-rata dahulu ramai guru yang garang dan tiada masa hendak berfoya-foya.

Berikut merupakan komen warga maya: