Disaman Jual Ayam Tak Patuh Harga Kawalan, Lelaki Terpaksa Bayar Guna Duit Baju Raya Anak

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada 2 Februari lepas menetapkan harga siling runcit ayam standard RM8.90 sekilogram di Semenanjung.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia akan bermula setelah berakhirnya Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).

Bagaimana pun, baru-baru ini dimana salah seorang peniaga di Pasar Cabang Tiga Kuala Terengganu meluahkan rasa sedihnya apabila duit yang dikumpul terpaksa membayar saman mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, Mereka disaman oleh pihak berkuasa gara-gara menjual ayam pada harga yang tidak dibenarkan.

“Beli harga ayam daripada pembekal RM8.70, harga kawalan RM8.90. Untung 20 sen untuk setiap kilogram? Kena bayar saman pula RM500. Peniaga nak makan apa?”

Apa yang lebih menyedihkan, pemuda ini memberitahu bahawa duit RM500 yang dikumpul itu adalah untuk membeli baju raya anak-anaknya.

“Niat asal nak belikan baju raya untuk anak-anak. Tapi kena bayar sama ni dulu. Takpelah..”

Dalam masa yang sama, pemuda ini juga berharap agar orang ramai tidak mengecam tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa kerana mereka hanya menjalankan tugas dan ianya merupakan kerja mereka.

Video yang tular di laman TikTok:

@adam___iskandarKerajaan sepenggal ??

♬ bunyi asal – Adang

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 761.6K tontonan, 50.4K tanda suka, 3465 komen dan 2842 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sedih melihat lelaki tersebut yang terpaksa membatalkan niatnya untuk membeli baju raya anak-anak demi membayar saman.

Dalam masa yang sama, ada juga para netizen yang kagum dengan sikap peniaga tersebut yang tenang menghadapi dugaan teresebut dan tidak menunding jari kepada pihak berkuasa.

Perkongsian tersebut bukan sahaja meraih pelbagai pandangan warga maya malah ia juga mendapat perhatian daripada Caprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli yang juga merupakan seorang penyanyi serta penceramah motivasi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

“Sape2 kenal abang ni tolong whatsapp caprice 0169019035 cap nak hantar baju raya satu set untuk family dia any colors. harap2 issue harga ayam ni, penjual, dan pemborong dapat selesai insyaAllah” ujar Caprice pada ruangan kapsyen di laman Instagramnya.

Antara komen netizen di platform TikTok: