“Awak x hensem pun,” Murid ‘Invite’ Cikgu Masuk Group Whatsapp, Voice Note Dua Budak Ini Buat Netizen Terhibur

Lumrah menjadi guru sekolah rendah, ada sahaja telatah anak murid yang mampu menghiburkan hari-hari.

Manakan tidak, mereka yang masih berada disekolah rendah ini merupakan anak-anak yang dalam fasa membesar dan sangat aktif dalam meneroka kehidupan serta tidak dinafikan itu juga merupakan satu proses untuk mereka belajar sesuatu perkara.

Pun begitu, sudah semestinya cikgu-cikgu akan mencipta satu group whatsapp untuk memudahkan lagi guru-guru berinteraksi dengan murid sama ada daripada segi tugasan ataupun memeriksa kehadiran.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang guru berkongsi perbualan dua orang anak muridnya di dalam group WhatsApp telah mengundang dekah ramai.

Menerusi perkongsian video daripada @hafizjenol, kelihatan dia merakam perbualan dua orang anak murid tahun satunya itu di dalam group WhatsApp mereka.

Difahamkan, group tersebut terdiri daripada beberapa orang murid sahaja dan guru itu dimasukkan oleh anak murid ke gorup itu kerana rapat dengannya.

Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah, urid bernama Mohammad dan Cinta berlawan voice note dan sengaja mencari pasal sesama sendiri. Ada sahaja yang tidak kena dan bermacam-macam topik yang dibuka untuk dijadikan bahan bersembang.

Oleh kerana video itu mula viral di laman TikTok, rata-rata warganet mahumengenali siapakah gerangan suara yang bergaduh di dalam group whatsapp tersebut terutamanya budak perempuan yang bernama Cinta itu.

Bagi menjawab pertanyaan semua, guru ini memuat naik dua buah video untuk memperkenalkan anak muridnya yang telah viral itu.

Berikut merupakan video yang tular:

@hafizjenolSo cute lah 🤣 cikgu tak boleh tahan hahaha

♬ original sound – Cikgu Hafiz

@hafizjenol Reply to @firaswhooo ♬ original sound – Cikgu Hafiz

@hafizjenolSiapakah cinta yang sebenarnya ?……. 🤣

♬ original sound – Cikgu Hafiz

@hafizjenol Reply to @sayaaokayyjaa ♬ original sound – Cikgu Hafiz

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.1M tontonan, 183.4K tanda suka, 3090 komen dan 3155 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat pelajar ini yang bergaduh sama sendiri di group whatsapp.

Bukan itu sahaja, para netizen juga tidak kering gusi apabila mereka sempat menggunakan trademark daripada Datuk Dr Nazri Khan atau lebih dikenali sebagai DDNK iaitu ‘Tak handsome takpe, janji kaya’.

Berikut merupakan komen warga maya: