“Hero tak didendang” Baru Suap Nasi Loceng Dah Bunyi, Abang Bomba Dedah Realiti Sebenar Buat Netizen Terharu

Menjadi anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sememangnya bukan satu perkara yang mudah, bukan sahaja terdedah dengan pelbagai risiko dalam urusan menyelamat malah mereka ini juga memberikan sehabis baik dalam menyelamatkan manusia dan haiwan sehinggakan ada yang tewas sewaktu dalam usaha menyelamatkan.

Sesungguhnya jasa, bakti dan pengorbanan anggota bomba buat negara tidak terbalas.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang anggota bomba mendedahkan reality sebenar kehidupan sebagai ahli penyelemat mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok @amboi__, sedang merakam dirinya makan nasi lemak di tempat kerja.

Walau bagaimanapun, baru dia menyuap kali kedua, loceng kedengaran berbunyi menandakan mereka perlu keluar untuk bertugas.

Dia bagaimana pun membatalkan hasratnya untuk makan ‘Nasi Lemak Mak Bedah’ dan terus bergegas pergi menjalan tugas ekoran terdapat info kebun terbakar.

Menerusi satu lagi video lain, dia memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya yang baru nak menjamah nasi lemak yang sepatutnya dimakan sebelum bertugas.

Apa yang lebih menyedihkan adalah, dia memberitahu bahawa nasi itu masih lagi elok untuk dimakan walaupun sudah ditinggalkan dari jam 9 pagi hingga 1.30 petang.

“Tadi sarapan pagi pukul 9 lebih, ni pukul 1.30 petang. Sebabkan tengah azan kita orang rehat sekejap.”- katanya

Bagaimana pun, dia sempat membalas kepada salah satu komen dimana dia menyifatkan ianya memang tugas mereka dan abang bomba ini juga sempat berpesan kepada orang ramai agar menghentikan pembakaran terbuka kerana ianya sangat memudaratkan.

Video yang tular di laman TikTok:

@amboi__ Kerana tugasan abg sanggup tinggal nasi lemak mak bedah. Kalau ramai up video makan dekat dalam kebun🔥, #fypシ #viral #foryou #xyzbca #fypシ゚viral #ditaja #masukberanda ♬ bunyi asal – amboi 🔥👨‍🚒

@amboi__ Balas kepada @tengkuli_babastylo dah ini kerja kami nak buat macam mana 😊💪🏼🧑🏻‍🚒👨‍🚒👨‍🚒.. KEPADA ORANG DI LUAR SANA TOLONG HENTIKAN MEMBUAT PEMBAKARAN TERBUKA😌.. #fypシ #foryou #viral #masukberanda #Caltexunstoppablestar #ditaja #xyzbca #WinnerWinnerMoment #bombamalaysia🇲🇾 #fypシ゚viral #foryoupage ♬ bunyi asal – amboi 🔥👨‍🚒

Ketika artikel ini ditulis, video tersbeut telah meraih 1.2M tontonan, 139.0K tanda suka, 1457 komen dan 543 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terharu dengan kegigihan anggota bomba yang cekal menjalankan amanah walaupun tidak sempat mengalas perut.

Berikut merupakan komen warga maya: