Wanita Hamil Terpaksa Tahan Sakit ‘Bleeding’ Dalam Kereta, Van Sengaha Halang Lorong Kecemasan Raih Pelbagai Reaksi Netizen!

Bila bercakap tentang kesesakkan lalu lintas, pasti ramai yang pening kepala apatah lagi bila jammed melekat sampai tak bergerak langsung. Memang boleh ‘stress’ duduk dalam kereta.
Iospital phone repair gombak
Jadi tudak hairan lah ramai yang berang jika ada kereta selamba lalu lorong kecemasan untuk mengelakkan diri daripada melekat dalam jammed bukan?

Sebab itu lah ada segelintir pemandu yang bertindak untuk mengahalang laluan berkenaan agar pemandu degil sebegini m tidak mementingkan diri sendiri.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita yang sarat mengandung selepas terpaksa menahan sakit dalam kereta ketika dalam perjalanan pulang ke kampung di Kuantan, Pahang mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @izatykhai, difahamkan wanita ini berasa tidak selesa di bahagian perut dan mendapati berlaku pendarahan.

Risau dengan perkara tersebut, suaminya mengambil keputusan untuk menggunakan lorong kecemasan dengan membuka ‘double signal’ pada kenderaan dengan harapan agar tiada perkara buruk berlaku pada kandungan isterinya.


Pada awalnya, kelihatan semua kenderaan memberikan kerjasama dengan memberi laluan namun ada sebuah van menghalang laluan menyebabkan mereka terpaksa masuk ke laluan biasa yang sedang sesak.

Apabila tiba sahaja di hospital, doktor mengesahkan kandungan dalam keadaan baik dan pendarahan berlaku hanya kerana komplikasi geseran uri.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menghembuskan nafas lega apabila kandungan wanita ini berada dalam keadaan baik.

Bukan itu sahaja, netizen juga akui terdapat ramai yang salah guna lorong kecemasan menyebabkan orang sudah tidak percaya dan beri laluan kepada mereka yang betul-betul dalam kecemasan.

Antara komen warga maya:

“Disebabkan ramai sangat salah guna emergency lane sampaikan yang bebetul emergenvy pun orang dah tak percaya”

“Masa anak saya tak sedarkan diri pengasuh saya yang hantar pergi hospital banyak kereta tak bagi laluan bila dah sampai hospital dia dah meninggal”

“Pernah merasa masa ibu saya meninggal.. ramai yang buat tak endah.. ramai yang block laluan kecemasan.. last2 saya tak dapat jumpa ibu saya langsung buat kali terakhir”

“Disebabkan orang lain salah guna.. jadi orang yang betul2 pun depa ingat main2”


Video yang tular di laman TikTok:

@izatykhaiPengalaman ✨ Terima kasih pada kereta yang beri laluan , kami suami isteri Betul emergency waktu tu 🫶🏻

♬ suara asli – Penyair Emosian

@izatykhai Replying to @I z a t y k h a i 🐝 ♬ suara asli – Penyair Emosian

@izatykhaiAnggap je lampu emergency tu tengah “ menyelamatkan sorang nyawa “ okay ? 🤲🏻🫶🏻 .

♬ suara asli – Penyair Emosian