Seiras Wajah Adik, Lelaki Ini Cari Polis Sunburn Untuk Ibu Lepaskan Rindu

Seperti yang diketahui umum, ketika ini rakyat Malaysia sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Antara barisan hadapan negara yang bertungkus-lumus memastikan kesejahteraan negara adalah anggota polis.

Mereka dilihat bekerja tanpa henti bagi memastikan masyarakat mengikut peraturan yang dikeluarkan ketika PKP.

Muka sunburn ketika bertugas

Sebelum ini telah tular di media sosial posting mengenai pengorbanan beberapa anggota polis yang menjaga sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Terdahulu, beberapa keping gambar anggota polis yang dilihat mengalami ‘sunburn’ akibat kepanasan ketika bertugas.

Tanpa merungut kepenatan mereka masih menjalankan tugas bagi memastikan negara terus berada dalam keadaan aman.

Mencari anggota polis yang mirip arwah adiknya

Namun begitu, menerusi satu posting yang dimuat naik oleh seorang lelaki yang bernama Ismail Mael yang sedang mencari anggota polis berkenaan.

Menurut beliau, dia sedang mencari anggota polis yang mempunyai wajah mirip arwah adik lelakinya.

“Gambar sebelah kiri adalah anggota polis yang bertugas di musim covid-19 dan gambar sebelah kanan adalah arwah adik yang meninggal pada tahun 2013. Muka hampir seiras, 
Al fatihah(dibaca penuh) untuk arwah adik”.

Mohon bantuan orang ramai 

Menurut Ismail lagi, anggota polis tersebut memilik wajah hampir seiras dengan arwah adik lelakinya dikenali sebagai Jalil yang meninggal dunia pada 2013.

Dia turut memohon pertolongan orang ramai untuk membantunya mengesan anggota polis berkenaan.

Moga terubat rindu ibunya

“Sapa yang mengenali anggota polis itu boleh la private message saya. Dengan harapan dapat berjumpa dengan dia dan bawa berjumpa dengan mak”.

“Moga terubat rindu dia. Wasap saya www.wasap.my/60195426541” tulisnya.

Sementara itu, Ismail juga berharap dapat menghubungi anggota polis berkenaan kerana mahu membawa berjumpa dengan ibunya agar terubat rindu terhadap arwah adiknya.

Rata-rata netizen turut sama mendoakan agar urusan lelaki itu dipermudahkan untuk dibawa bertemu dengan ibunya.