[VIDEO] Anak 3 Tahun Negatif, Kini Ibu, Ayah, Atuk & Nenek Pula Positif COVID-19

Wanita ini pernah berkongsi video sebak anaknya yang berusia 3 tahun menaiki ambulan selepas mempunyai simptom Covid-19. Namun, anaknya telah dibebaskan dari tahanan wad selepas ujian swab yang dilakukan mendapati anaknya negatif Covid-19. Menerusi Twitter Intan Nurdiyana, dia berkongsi perkembangan terbaru dirinya. Dia bersama-sama ibu bapanya serta suami telah disahkan positif Covid-19 setelah menerima keputusan [...]

Dua minggu yang lepas, wanita ini pernah berkongsi video sebak di mana anaknya yang berusia 3 tahun menaiki ambulan selepas mempunyai simptom Covid-19.

Walau bagaimanapun, anaknya telah dibebaskan dari tahanan wad selepas ujian swab yang dilakukan mendapati anaknya negatif Covid-19.

Terbaru, menerusi Twitter Intan Nurdiyana, dia berkongsi perkembangan terbaru dirinya di mana dia bersama-sama ibu bapanya serta suami telah disahkan positif Covid-19 setelah menerima keputusan ujian swab.

Mereka sekeluarga telah ditahan di Hospital Kluang, Johor untuk pemeriksaan lanjut dan dikuarantin.

Ibu dan ayah positif Covid-19

“Remember adik Aisy yang viral naik ambulans sbb covid. Adik aisy negative covid . While mama , ayah, atok n nenek dia pulak yang tested +ve covid .

“Saringan pertama mama dia dgn atok ayah, saringan kedua ayah dia tok mak dia. This some my journey as pesakit covid.”

Ditahan wad selama 12 hari

Intan memberitahu pada awalnya dia dan ayahnya sahaja yang disahkan positif Covid-19. Namun selepas swab ke dua dijalankan ke atas keluarganya, suami dan bapanya turut disahkan positif. Dia telah ditahan di wad hospital selama 12 hari.

Tiada sebarang simptom 

Intan pada mulanya mengesyaki ayahnya batuk biasa kerana ayahnya merupakan perokok tegar, manakala dirinya tiada simptom pesakit Covid-19. Namun ujian swab yang dilakukan mendapati kedua-dua mereka disahkan positif Covid-19.

Kawasan zon merah

Difahamkan punca mereka sekeluarga positif COVID-19, dia mengatakan bahawa kawasan kejiranan tempat dia tinggal merupakan kawasan Zon Merah iaitu di Simpang Renggam, Johor.

Di kawasannya sahaja telah lebih 170 kes positif COVID-19 direkodkan.

Dikatakan punca kluster wabak ini merebak ialah apabila ayahnya yang merupakan salah seorang daripada kumpulan ‘rewang’ di salah sebuah majlis di kampung itu.