“Muka pasrah,” Dipaksa Menari, Muka ‘Malas Layan’ Oyen Buat Netizen Berdekah

Ada sejenis kucing yang menjadi feveret orang ramai iaitu kucing oren rakyat Malaysia lebih gemar menggelar sebagai oyen.

Tak kiralah baka apa pun, kalau kucing tu bulunya warna oren, automatik tergolong dalam persatuan kucing-kucing oyen seMalaysia.

Oyen ni boleh dikatakan terkenal dengan sifatnya yang nakal, selalu buat masalah dan huru-hara, tapi mukanya yang comel dan sifatnya yang manja tu lah yang membuat semua orang cair

Bermacam-macam ragam kucing oyen ni! Rasanya tak ada satu hari pun yang bosan kalau dengan kucing oyen ni.

Mesti ada je akalnya nak buat masalah bahkan riak wajahnya juga kadang-kadang memainkan peranan.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana oyen kelihatan membuat muka seolah-olah malas layan telatah tuannya mencuri perhatian ramai.


Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @kimwoyong, kelihatan seekor kucing berwarna oren yang dipegang oleh pemiliknya itu dan menari mengikut tarian yang popular di TikTok itu.

Namun apa yang menarik perhatian ramai ialah reaksi wajah si oyen yang kelihatan begitu bengang dan terpaksa melakukannya.

Lebih melucukan, si oyen turut mengikut sahaja apa yang dilakukan pemiliknya itu dan langsung tidak melawan.

Kalau kucing lain mesti dah mengamuk dan bertindak agresif bila dipaksa macam tu, tapi oyen kelihatan melayan sahaya karenah tuannya yang ingin melihatnya menari.

Berikut merupakan video yang tular:

@kimwoyong Mukanya 🤣🤣🤣 #kucingoyen #kucingtiktok #kucinggemoy #foryou #kimwoyong #fy #fyp ♬ Say it Right – 👛

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 861.4K tontonan, 126.1K tanda suka,2129 komen dan 1886 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat reaksi muka si oyen yang lucu itu. Dalam masa yang sama, para netizen sempat berseloroh mengatakan pastinya si oyen turut berasa malu apabila maruahnya sebagai gangster tercalar begini.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Harap kawan-kawan aku tak tengok.”

“Jatuh harga diri aku.”

“Menjatuhkan darjat lord oyen.”


“Muka pasrah.”