Pernah 2 Kali Keguguran, Wanita Tabah Anak ‘Pergi’ Selepas Dilahirkan

Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan pasangan suami isteri sudah tentu melengkapkan lagi sesebuah rumah tangga yang dibina malah ianya juga membawa keceriaan pada ibu bapanya.

Pun begitu, ketetapan hakiki, jodoh, ajal dan maut di tangan tuhan. Kita sebagai hambanya perlu menerima dengan hati yang terbuka kerana tiada siapa yang mampu menidakkan takdir Allah.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu kehilangan anaknya, Ayyash oleh kerana mengalami komplikasi dari usia kandungan 21 minggu mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, wanita cekal ini telah mengalami keguguran selama 2 kali sebelum ini dan pemergian Ayyash membuatkannya berasa amat sedih kerana dia benar-benar menginginkan zuriat.

“Tarikh keramat buat ibu. Sepatutnya Ayyash di lahirkan. Namun, Allah sebaik baik perancang. Pada usia kandungan 29 minggu Ayyash lahir kerana ibu mengalami komplikasi dari usia kandungan 21 minggu lagi. Kuat anak ibu, Ayyash ”

“Dari usia kandungan 21 minggu, doktor sahkan air ketuban ibu kering sehingga di tahap bahaya. Oleh kerana kandungan terlalu awal, doktor beri kata putus gugur buat ibu.

“2 bulan ibu di tahan di dalam wad kerana takut keguguran. Namun Allah lebih mengetahui. Ayyash tersangat lah kuat sehingga mampu bertahan sehingga 29 minggu.”

“Pada usia kandungan 29 minggu, ibu memgalami contraction dan tanda tanda bersalin. Ibu terpaksa di bius tidur dan di ceaser kerana epidural tidak berkesan pada ibu dan kedudukan Ayyash yg songsang pd ketika itu.

“Selepas melahirkan ibu tk dapat dengar pun suara Ayyash sbb ubat bius masih ada dlm bdn.”

“Masa ni, doktor dah bagitau babah keadaan Ayyash yg sgt lemah walaupun dah diberikan 100% oksigen.

“Babah azankan Ayyash dlm keadaan yg teramat sedih sbb babah tau ibu nak sgt anak lepas 2 kali keguguran.

“Masa on call babah langsung tk cerita keadaan Ayyash. Babah cuma ckp yg rupa Ayyash mcm ibu.”

Dalam masa yang sama, doktor juga memaklumkan bahawa anaknya itu tidak dapat bertahan lama di dunia oleh kerana paru-paru sebelah kiri tidak dapat berkembang akibat terlalu lama berada dalam rahim si ibu yang tiada air ketuban ketika itu.

“Esok tu pakar kanak kanak nk jmpa ibu. Ibu yg tk tau apa apa rasa excaited nk jmpa anak ibu. Sampai nicu, ibu tk nampak perbezaan anak ibu dgn orang lain sbb Ayyash comel sgt.

“Ibu dtg dekat Ayyash ibu hulur jari ibu, Ayyash gengam walaupun tk erat sbb sendi Ayyash semua dah lemah.

“Bila ibu ckp dekat Ayyash, syg ibu datang ni, Ayyash terus senyum dan tahap oksigen Ayyash naik.

“Tp bila doktor dtg and bgitau ibu yg Ayyash tk boleh survive sebab terlalu lama duduk dlm rahim ibu yg tkde air ketuban sampai paru paru belah kiri tk dpt berkembang. Ibu rasa nk jatuh terduduk.”

“Masa ni doktor minta ibu bagi kata putus utk keep on cpr bila oksigen drop or bgi Ayyash pergi dengan tenang. Ibu minta doktor tunggu babah dtg utk buat keputusan.

“Masa ni oksigen Ayyash tiba tiba drop. Semua doktor dtg buat cpr, ibu tengok keadaan Ayyash yg kcik tp ditekan tekan sbb nk bagi cpr. Terus luluh hati ibu.

“Bila babah sampai ibu terus ckp biarlah anak kita pergi dgn tenang. Doktor hentikan mesin oksigen dan benarkan ibu dan babah tengok Ayyash pergi.

“Allahuakhbar tenang sgt keadaan awk masa tu sayang. Tkde sikit pun kesakitan yg awk tunjuk.

“Tepat pukul 11.15 am, Allah ambil nyawa Ayyash, anak syurga ibu dan babah. Semoga awk tenang di syurga bersama abang abang awk ya sayang. Tunggu ibu dan babah di pintu syurga”

Perkongsian yang tular di laman Faceook: