Muka Jururawat Digigit Pesakit COVID-19 Yang Enggan Dirawat

Di Guangzhou China, seorang jururawat didakwa telah diserang pesakit yang enggan mendapatkan rawatan COVID-19. Suspek yang berumur 47 tahun berasal dari Nigeria masuk ke Guangzhou pada 20 Mac dan mendapat rawatan di hospital pada 23 Mac setelah disahkan positif. Memetik laporan World of Buzz, suspek yang bernama Okonkwonwoye Chika Patrick enggan memberi kerjasama berkenaan dengan prosedur [...]

Seorang jururawat mendakwa telah diserang oleh seorang pesakit yang tidak mahu mendapatkan rawatan COVID-19.

Suspek yang berumur 47 tahun dan berasal dari Nigeria itu masuk ke Guangzhou pada 20 Mac dan mendapat rawatan di hospital pada 23 Mac setelah disahkan positif COVID-19.

Menerusi laporan oleh World of Buzz, suspek yang bernama Okonkwonwoye Chika Patrick enggan memberi kerjasama berkenaan dengan prosedur rawatan dan telah bertindak di luar batasan ke atas jururawat yang bertugas.

Biro Keselamatan Awam Guangzhou telah menerima aduan di mana pesakit di wad isolasi Guangzhou No.8 People’s Hospital telah menyerang seorang jururawat sehingga mendatangkan kecederaan pada 1 April.

Menurut laporan, ketika kejadian jururawat memaklumkan pesakit mengenai ujian darah yang perlu dijalaninya.

Namun begitu, dia enggan dan terus keluar dari wad isolasi dan jururawat bertugas cuba untuk menghalangnya keluar namun suspek bertindak ganas dengan memukkul dan menggigitnya di bahagian muka.

Kesan daripada itu, terdapat kecederaan kecil di muka, leher dan pinggang mangsa.

Pihak polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes ini dan hospital tersebut telah mengetatkan keselamatan masuk dan keluar wad isolasi.

Malah, suspek juga diperintah menjalani kuarantin dan rawatan dengan pengawasan pihak polis.

Menurut pihak berkuasa tempatan, suspek berkenaan akan didakwa di bawah Undang-Undang Pencegahan dan Rawatan Penyakit Berjangkit, Undang-Undang Jenayah dan Undang-Undang Pentadbiran Keluar dan Masuk selepas proses rawatan selesai.