[VIDEO] Bertutur Bahasa Melayu, Imam Makkah Doakan Rakyat Malaysia Bebas COVID-19

Imam dari Masjid Abbad Makkah, Al-Hafiz Mohammad Sharif Mohammad Imrani mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia dilindungi daripada bahaya wabak Covid-19 yang kini telah mencecah 45 kes kematian. Lebih terharu apabila beliau yang sering menjadi imam pada bulan Ramadan di Malaysia bertutur dalam Bahasa Melayu walaupun kurang fasih sebelum menadah tangan berdoa selama beberapa minit. Menurut Mohammad [...]

Memasuki fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan di negara kita, seorang Imam dari Masjid Abbad Makkah, Al-Hafiz Mohammad Sharif Mohammad Imrani menunaikan hajat sahabatnya untuk mendoakan seluruh rakyat Malaysia dilindungi daripada bahaya wabak COVID-19.

VIdeo yang dikongsikan di Facebook itu menjadi tumpuan ramai netizen yang nyata terharu apabila beliau yang sering menjadi imam pada bulan Ramadan di Malaysia bertutur dalam Bahasa Melayu walaupun kurang fasih sebelum menadah tangan berdoa selama beberapa minit.

Menurut Imam Mohammad Sharif, beliau menunaikan permintaan beberapa sahabatnya di Malaysia yang memohon agar menitipkan doa buat kesejahteraan rakyat Malaysia.

“Ya Allah.. Terharu bila Imam Mekah turut sama mendoakan negara kita.. Sama-sama lah kita Aminkan doa ini.. Di akhir video beliau ada berikan beberapa doa untuk amalan kita bersama.. Semoga #Covid19 segera lenyap dari negara kita..”

“Mereka minta imam (saya) doa untuk Malaysia, Allah selamatkan kita daripada bala wabak koronavirus. Mohon dengar dan kongsi video ini,” 

Imam Mohammad Sharif sempat berkongsi beberapa amalan dan zikir harian serta surah al-Quran untuk diamalkan supaya kita semua dilindungi Allah SWT pada penghujung video berdurasi empat minit itu.

Rata-rata netizen memberikan komen positif di mana ramai meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada imam tersebut kerana sudi mendoakan semua rakyat di Malaysia.

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah ditonton lebih daripada 600 ribu views.