[VIDEO] Bengang Disuruh Balik, Lelaki Baling Cawan ke Arah Anggota Penguatkuasa

Walaupun Malaysia kini sudah memasuki fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan(PKP), namun masih terdapat segelintir lagi penduduk yang degil tidak mahu mematuhi arahan. Maka, tidak hairanlah kini kadar jangkitan semakin bertambah dan keadaan mungkin akan menjadi lebih teruk jika masyarakat kita terus bersikap degil. Tebaru, menerusi perkongsian di Facebook, memaparkan seorang lelaki enggan mengikut dan memberi [...]

Hari ini merupakan hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan Fasa ke-2 dijalankan bermula semalam.

Peraturan yang lebih ketat dan tegas telah mula dilaksanakan bagi memastikan rakyat mematuhinya.

Namun begitu masih ada segelintir yang keras kepala dan tidak mahu mengikut arahan yang diberikan.

Tebaru, menerusi satu muatnaik di Facebook, satu klip video memaparkan seorang lelaki enggan mengikut dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa apabila diminta beredar ketika sedang makan di sebuah kedai.

Seperti yang kita semua tahu, semasa tempoh PKP ini hanya boleh membeli makanan dari kedai dan membawa pulang.

Walau bagaimanapun, lelaki itu dilihat masih makan di kedai walaupun tahu mengenai arahan tersebut.

Di dalam video tersebut dapat dilihat dia bertindak lebih biadap terhadap anggota yang bertugas sehingga dengan berani membaling gelas yang diminum ke arah mereka.

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki tersebut dan berharap agar dia ditahan pihak polis kerana bersikap kurang ajar dan menghalang tugas pihak berkuasa.