“Muka hauk!” Kena Kutuk Dengan DJ Masa Makan Beradab, Reaksi Pengantin Lelaki Undang Dekah Netizen!

Kenduri kahwin adalah moment yang sangat indah dimana dua hati disatukan dan diraikan di hari persandingan mereka.
Iospital phone repair gombak
Bagi memeriahkan lagi majlis, pastinya pihak mempelai akan ‘hire’ DJ agar majlis tidak berasa ‘sendu’ dan bosan. Sambil tetamu makan, boleh lah mereka mendengar lagu ataupun lawak spontan daripada DJ kan?

Namun lain pula jadinya kalini dimana lelaki ini terkedu mendengar celoteh DJ bertugas ketika sedang makan beradab buat ramai terhibur.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @z4h4n, kelihatan kedua raja sehari sedang menikmati juadah yang disediakan di meja beradab.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah, tiba-tiba DJ yang bertugas di majlis itu sempat mengutuk si pengantin lelaki seolah-olah sudah lama pendam.

“Saya pun tak fahamlah kenapa pengantin perempuan pilih lelaki tu. Sebab saya tengok muka pengantin lelaki hauk! Macam tenuk!,” katanya.


Perkara itu membuatkan pengantin lelaki tersentak dan tidak berpuas hati dengan DJ tersebut.

“Biadap eh DJ ni, haih,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat DJ tersebut malah ada yang mengatakan DJ itu mungkin kawan baiknya sendiri sebab itulah dia berani mengutuk depan-depan.

“Ni mesti DJ member sendiri. Lama sangat dia pendam tu haha” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berseloroh mengatakan mungkin juga DJ itu merupakan ex boyfriend mempelai wanita.

Antara komen warga maya:

“‘Macam tenuk’ hahahaha pls”

“Hahahahaha idea ni untuk kenduri adik aku nanti, memang aku selalu kata dia tenuk”


“Mungkin perempuan tu ex dj”

“Bila amik dj bff sendiri be like”

“Pengantin perempuan ex dj ke tu”

“Hang invite member hang sendiri ke jadi dj”

“Abang tu be like: eh aku bayau kau tau ko hina aku pulak kang aku potong gaji ko tahu laa”

“Lama sangat DJ tu pendam tu…”


Video yang tular di laman TikTok:

@z4h4nBiadap eh DJ niii,haihhhhh🥹🥹♬ original sound – zaha[N]