“Rm5 je dia amik..” Buat Ujian Keikhlasan Hilang Dompet, Tindakan Suami Isteri Peniaga Air Tebu Ini Curi Perhatian Netizen

Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini diberikan pelbagai ujian dan cabaran dalam menempuh kehidupan mereka. Ada yang dilahirkan dengan kehidupan mewah, malah ada yang sebaliknya.

Iospital phone repair gombak

Bagaimanapun setiap apa yang tertulis, pasti akan ada hikmah disebaliknya.

Maka dengan itu, kebaikan antara setiap insan amatlah penting bagi menguatkan diri kita agar terus kuat menempuh hidup yang serba cedera ini.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini di laman TikTok, seorang lelaki telah berkongsikan kisah kebaikan dan kejujuran peniaga air tebu yang merupakan sepasang suami isteri berjaya menyentuh hati warga netizen.

Berdasarkan video yang telah dimuat naik di akaun @kitasama4111, dia bertindak pergi ke gerai air tebu tersebut dan memberitahu sepasang suami isteri itu bahawa dompetnya tercicir dan meminta izin mereka untuk memberikan secawan air secara percuma.

Tanpa berfikir panjang, mereka terus mengambil cawan kosong dan bertindak mengisi air cawan itu dengan air tebu yang dijualnya.

Lantas, lelaki tersebut terus menyatakan perkara sebenar bahawa dompetnya tidak hilang dan dia hanya menjalankan eksperimen sosial sahaja.

Disebabkan kebaikan peniaga itu, lelaki itu menghulurkan beberapa keping not RM10 dan RM5 kepada peniaga tersebut sebagai hadiah kebaikan mereka.

Apa yang membuatkan orang ramai lebih tersentuh hati apabila peniaga itu hanya menarik sekeping sahaja RM5 daripada kesemua not wang yang diberikan kepadanya.

Menjengah di ruangan komen, warga netizen meluahkan rasa simpati dan terharu melihat kebaikan dan keikhlasan yang ditonjolkan oleh peniaga itu.

Walaupun di saat dalam kesusahan mencari rezeki, namun dia masih tetap membantu orang lain dengan ikhlas.

Antara komen netizen:

“ya Allah..aku nangis part dia ambik duit rm5 je😭😭😭😭”


“Tgklah.. Dia hanya pilih rm5 jee😭 😭 tu nmpk keikhlasan dia😢”

“i cry 🥺🥺 sebab pernah meniaga tepi jalan cmni.. dulu selalu bagi air dgn pau dkt sorang ni dia mesti lalu comot. rupanya polis 😂”

Video TikTok yang tular:

@kitasama4111 Sedikit pemberian kita mungkin besar nilainya pada orang lain #kitasama #jafnyelias #kindness #charity #socialexperiment ♬ Glimpse of Us – Joji