“Nasib baik tak terbenam dalam selut..” Telatah Si Kecil Ikut Tok Wan Masuk Bendang Ini Buat Netizen Geli Hati

Melihat detik anak-anak membesar merupakan salah satu momen terbesar dalam hidup kita. Penuh dengan telatahnya, riang tawanya dan setiap pengalamannya bersama kita.

Iospital phone repair gombak

Seperti yang kita tahu, kanak-kanak ini sering sahaja ingin mengikut atau meniru apa sahaja yang kita buat di hadapan mereka.

Oleh itu, kita haruslah menunjukkan kelakuan yang baik di hadapan mereka bagi memberikan contoh yang terbaik buat mereka.

Sama seperti kisah yang tular di laman TikTok baru-baru ini, mengisahkan seorang kanak-kanak turun ke bendang mengikut Tok Wannya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @icasyg23 yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak tersebut, dia berkongsikan gelagat anaknya itu bertindak turun ke bendang rumahnya itu.

Dikatakan bahawa pada awalnya, dia hanya melihat sahaja Tok Wannya masuk ke dalam bendang.

Kemungkinan dia ingin tahu apa yang ingin dibuat oleh Tok Wannya, lalu dia turut sama terjun ke dalam bendang.

Kedengaran suara ibunya menjerit memanggil nama anaknya itu, akhirnya tertawa melihat telatah si kecil itu.

Apa yang lebih melucukan, kaki kecilnya itu sudah pun ditenggelami dengan selut bendang tersebut.

Suasana tersebut membuatkan ramai orang terhibur dan menyatakan bahawa inilah baru namanya anak jati kampung!

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video ini telah berjaya meraih sebanyak 8.2M tontonan, 119.3K tanda suka, 899 komen dan 1413 perkongsian telah dibuat.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat Tok Wan bersama dengan cucunya itu.

Antara komen netizen:

“cucu punya pasal tokwan nak kata apa 😂”

“Terbaiklah, cucu ikut minat atok, nasib baik tak terbenam dalam selut🤣”


“tokwan dgn cucu mcmna x pa. ingt dulu ayah p bendang.. kita trut blik mkn nasi.. dia kalutt hambat la.”

“byk kali acik ulang bagi kaki adik sangkut🤣masyaAllah omey² btoi laaa.. mak jerit naikkk tu mcm arwah tok sy pgl bila mndi ban🤣”

Video TikTok yang tular:

@icasyg23 naya ang adik oi tokwan trjun bndang kleh blakang tau2 dia pon skali trjun dh🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣###cucutokwan ##fypankkg ♬ Oh no, oh no, oh no, no no – Hip Hop