Muka Ganas Siap Bertatoo, Lelaki Cina Nyanyi Lagu Jiwang Gara-Gara ‘Broken Heart’ Raih Perhatian Ramai!

Lumrah kehidupan, ada kalanya kita sebagai manusia terpaksa menghadapi fasa sukar dimana hadirnya satu perasaan sedih yang tidak mampu untuk digambarkan.

Apatah lagi bila berpisah dengan orang tersayang, pastinya perasaan bercampur baur sedih, gusar dan bermacam lagi. Pada saat ini, kita merasakan seolah-olah semua lagu ‘kena’ dengan apa yang kita hadapi. Setiap bait lirik ibarat menceritakan semula apa yang telah kita lalui.

Sebab itulah terkadang ada yang betul-betul menghayati sesebuah lagu kerana jalan ceritanya persis dengan apa yang telah berlaku dalam kehidupan seseorang.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki Cina menyanyikan lagu jiwang kerana sedang bersedih mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naikoleh seorang pengguna TikTok iaitu @abeyjoe0, kelihatan seorang lelaki sedang berada di dalam kereta sambil memegang ais krim.

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila dia menyanyikan lagu popular dari Indonesia iaiatu Cinta Sampai Mati nyanyian Raffa Affar dengan penuh penghayatan.

Tidak dinafikan, siapa yang mendengarnya pasti dapat merasakan satu perasaan sedih yang paling dalam apatah lagi bila lagu itu sangat terkenaldi TikTok kerana ramai yang menggunakan lagu tersebut jika disaat kesedihan.

Malah, dia dengan selamba menyanyikan lagu itu dengan tingkap terbuka sambil diperhatikan seseorang dari kereta.

Muka ganas dengan bertatoo nya lagi, rupanya dalam hati ada taman! best pula layan suara dia.

Berikut merupakan video yang tular di laman TikTok:

@abeyjoe0 dapat kawan cina.bila broken dengan lagu zaman sekarang.layan kan je🤣.#vedioviral #malaysia #indonesia #kangenband #fypシ゚viral #viralchallenge #likeaboss ♬ original sound – abeyjoe0

@abeyjoe0 len caii layan jiwang lagi…kesian member tengah layan perasaan.agak2 apak khalifah nk ke ambik dia buat album#viralchallenge #likeaboss#repuklikband #videoviral #tiktokmalaysia #tiktokindonesia#apakkhalifah #tiktoker #fypシ゚viral #support ♬ original sound – abeyjoe0

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.1M tontonan, 102.3K tanda suka, 2351 komen dan 1480 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruanga komen, rata-rata warga netizen turut dapat merasakan penghayatan yang dibawa saat menyanyikan lagu tersebut.

“Layan boss tak kira bangsa, terbaik” – Netizen

Dalam masa yang sama, ramai juga dikalangan warga netizen yang berkongi pengalaman yang sama dimana mereka mempunyai kawan yang berlainan bangsa namun tetap layan lagu jiwang.

Antara komen warga maya: