Bermacam cara dapat kita lihat bagaimana pelajar datang ke sekolah. Ada yang dihantar penjaga, ada yang berbasikal, malah ada juga yang berjalan kaki. Demi menuntut ilmu, apa sahaja sanggup dilakukan.
Pun begitu, seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana sebuah jeti runtuh menyebabkan pelajar-pelajar sekolah yang berada di tempat kejadian jatuh ke dalam air.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Sk Pababag Semporna ketika murid sekolah dan guru sedang bersiap sedia menuju ke sekolah.
Menerusi video yang tular di laman Twitter, kelihatan beberapa orang dewasa, pengendali bot dan juga guru-guru terjun ke dalam air untuk menyelamatkan murid sekolah yang jatuh bersama beg serta perkakas belajar mereka.

Sekadar info, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sudahpun dimaklumkan tentang kejadian yang berlaku dan tiada sebarang kehilangan nyawa dilaporkan serta kesemua mereka berada dalam keadaan selamat.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen simpati dengan nasib guru-guru dan pelajar yang terlibat sekaligus berharap agar perkara ini tidak berulang lagi.
Antara komen warga maya:
Patut bagi pingat kat cikgu2 ni… Dengan bagu kemeja kasut bagai terjun dalam air nak selamatkan murid2… Entah2 handphone beliau pun turut rosak bukan setakat kasut jer..
— Herdyanto Warihkusuma, SH. (@archmaar) January 30, 2023
Menteri-Menteri sekalian . Tak tahulah apa lagi cara yang dapat membuka mata kalian . Kalau insiden sebegini pun masih dipandang enteng menjawablah kalian bersama pangkat yang digalas dipadang berpasir putih seluas-luas dimana tidak terlihat dataran rendah mahupun tinggi ☝🏽
— Ahmad (@AhmadNurYassin) January 30, 2023
Nampak ada byk buku teks diikat. Sekarang memang time utk serah balik buku2 teks. Kesiannya buku tu dh basah
— Sabaq Sat Naa (@apeinhd) January 30, 2023
Ya Allah kesiannya.. semoga dipermudahkan urusan semua, semoga dapat kemudahan pendidikan dan pengangkitan uang lebih baik.. do something ahli parlimen kat sana please🙏
— Amirah Zin (@amirahzzin) January 30, 2023
Video yang tular di laman Twitter dan Facebook:
Dpt dri group ws. Siannya budak-budak sekolah 😭. Semoga semuanya selamat dan baik-baik jer. Semoga Allah balas jihad dorang dgn masa depan yg baik 😢. pic.twitter.com/HftTe4aAwL
— Jonathan (@jonjonahah) January 30, 2023
tengok tiang pun dah tahu tunggu masa je jeti tu nak roboh… kesian sangat. sampai bila anak2 pulau pedalaman nak hadap benda macam ni 🥺 mana eh ahli ahli politik? nda mahu bantu ka?
from this. to this. pic.twitter.com/zgPbM68S1T
— عدني🦋 (@adnrahman) January 30, 2023