Motor Rosak Duit Tak Ada, Kisah Sedih Warga Emas Di Pam Minyak Undang Sebak Ramai

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Terkadang dalam hidup ini kita merasakan bahawa masalah kita lebih besar dari segalanya namun tanpa kita sedar, terdapat orang lain yang jauh lebih berat ujiannya berbanding kita.
Iospital phone repair gombak
Sudah jatuh ditimpa tangga, itu lah peribahasa yang sinonim dengan kisah yang tular baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu Zulfitri Basir, dia sempat membantu seorang warga emas di sebuah pam minyak sekitar waktu maghrib.

Difahamkan, lelaki tua yang sudah sedikit bongkok dan tangan berbalut itu telah bertanyakan waktu azan maghrib untuk menunaikan solat.

Sementara menunggu waktu masuk, lelaki ini sempat berbual dengan pakcik tersebut namun tiba-tiba dia bertanya dimanakah mesin ATM yang boleh mengeluarkan RM30 untuk membeli minyak hitam motorsikal.

Lebih memilukan adalah, rupa-rupanya lelaki itu sudah menunggu anaknya yang berada di universiti sejak pukul 5 petang untuk memasukkan sedikit wang yang dipinjam dari kawannya di tempat belajar kerana dia juga tidak mempunyai duit.

Mendengar perkara tersebut, lelaki ini terus menawarkan bantuan namun beberapa kali ditolak oleh pakcik ini.


Bukan setakat itu, pakcik ini juga rupa-rupanya baru pulang dari Hospital Tentera Wangsa Maju bagi melawat isterinya yang sedang menghidap kanser tahap 3.

Pakcik itu turut mempunyai 4 orang anak. 3 daripadanya berada di Universiti tempatan dan seorang lagi masih bersekolah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan sikap lelaki ini yang membantu pakcik tersebut yang jelas sangat memerlukan bantuan.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga mendoakan agar urusan pakcik tersebut dipermudahkan serta diberikan kesembuhan buat isteri tercinta.

Netizen turut berharap agar kempat-empat anak warga emas ini belajar bersungguh-sungguh demi mengubah nasib keluarga.

Antara komen warga maya:

“Berair mata saya bang..”

“Nama pakcik ni Hassan. Dia bukanlah meminta.. tapi keadaan masa ni sahaja mungkin dia tiada jalan lain”


“Anak2 harapan mak ayah ubah nasib keluarga”

“Alhamdulillah awak dapat bantu dan mudahkan urusan pakcik tu..”

“Menitis airmata saya, terima kasih orang baik..”

“Semoga dipermudahkan segala urusan”

Video yang tular di laman TikTok:

@zulfitribasir Allah bukan uji pakcik sahaja tapi Allah juga uji saya ketika pakcik memerlukan. itulah ayat aku pada pakcik ni. Aku berhenti di Shell Jalan Ampang sebab nak solat maghrib. Memandangkan jalan jem, aku pun berhenti tunggu dalam surau sebab takut terlepas waktu jika sangkut dalam jem. Tetiba seorang pakcik dalam keadaan bongkok sambil tangan berbalut seperti kepatahan menyapa aku. Maghrib masuk pukul berapa? Aku jawab la, 7.01 minit pakcik. Lagi 6 minit masuklah. Bolehlah kita berjemaah sekali pakcik. Kemudian pakcik tu duduk bawa kerusi dekat dengan saf aku. Tetiba pakcik ini tanya, selain dari dekat sini, dekat mana ada ATM mesin. Dekat petronas tu ada tapi tak boleh keluar rm30. Aku pun bagitau dekat pakcik tu. Dekat depan sana sikit tu ada Maybank, tak pasti boleh keluar duit rm30 ke tak. Kemudian pakcik tu cakap, tadi saya call anak saya, dia kat Universiti. Dia bagi rm30 je untuk balik rumah. Tadi call dia sebab nak suruh masukkan sedikit lagi duit. Nak beli minyak hitam. Sebab motor bocor pula minyak hitam. Dia cakap takde duit sekarang, nak pinjam duit kawan. Jadi itu yang saya tgh tggu ini dari pukul 5. Kalau kawan dia bagi pinjam bolehlah beli minyak hitam dengan isi minyak balik kajang. Lalu aku pun cakap, takpe pakcik, kita solat dulu, kejap lagi minyak hitam pakcik itu saya belikan. Jangan risau, pakcik dalam rumah Allah swt. Allah akan bantu pakcik. Selesai solat maghrib aku ajak pakcik ini pergi ke motor dia di petronas. Dalam masa jalan itu banyaklah interview pakcik ini. Dia adalah bekas anggota tentera TUDM. Tapi berkhidmat tak sampai 10 tahun. Berhenti awal kemudian buat macam-macam kerja. Anak 4 orang. 3 belajar di Universiti Petronas, USM dan UUM. Seorang lagi masih sekolah. Dia baru balik dari lawat bini dia. Cancer level 3. Di Hospital Tentera Wangsa Maju katanya. Dia kata syukur sebagai bekas tentera dia dapat kemudahan tersebut. Dalam masa yang sama dia baru lepas accident. Motor tu dia tinggalkan dekat petronas tu. Tangan dia patah, hari ni hari dia buka simen. Jadi tangan dia masih tak berapa kuat. Dia kata hari tu dia kerja dekat station minyak. Sebab PKP dia kena berhenti sebab kontrak. Lepas tu sampai sekarang dia dah tak kerja. Aku pergi dekat motor dia. Tengok motor modenas dan ada minyak hitam tumpah sikit-sikit. Dia cakap nak bawa balik kajang je. Lepas tu nanti ada duit dia nak repair perlahan-lahan. Takut kalau kering minyak hitam lagi teruk motor tu. Ada mekanik tadi bagitau, katanya. Aku ajak dia masuk dalam kedai mesra dan suruh ambil minyak hitam. Tanya dia, pakcik dah makan ke belum. Dia kata dia belum makan. Dari pagi. Aku cakap ambil la apa nak makan. Dia ambil sandwich dan air susu banana. Kemudian aku tanya dia nak apa-apa lagi tak. Dia cakap cukup dah ni. ini pun dah bersyukur. Selepas itu kami berjalan ke motor dia. Aku tolonglah bukakan minyak hitam sebab tangan dia tak kuat. Kemudian dia isi dan aku temankan dia makan. Aku cakap dengan dia, pakcik harus bersyukur, dalam keadaan pakcik begini, anak-anak pakcik hampir semua dapat masuk Universiti. Mereka adalah pelaburan besar pakcik. Doa yang baik-baik. pastikan anak-anak pakcik diterapkan dengan agama. Kemudian dia menangis. Sudahhhh. Aku ingatkan aku salah cakap. Dia cakap saya cuba minta tolong keluarga. Tapi tak semua faham. Alhamdulillah itu sahaja pegangan saya (agama). Bagi anak-anak agama yang cukup. Harap satu hari mereka dapat ubah keluarga. Entah saya dan isteri ada atau tidak masa tu. Aku dengar pun rasa nak nangis sekali. Ya lah. Isteri Cancer stage 3, dia pula aku tengok jalan bongkok dengan tangan patah. Hanya semangat untuk anak-anak sahaja yang membuatkan dia kuat. Selepas tu aku minta diri. Aku pun hulurkan sedikit sumbangan. Pakcik bawa motor elok-elok. Dia mula2 tolak duit aku. Aku cakap, pakcik doakan yang baik-baik untuk saya. Saya tak tahu dosa saya apa. Tapi Allah swt hantar pakcik hari ini sebab nak bersihkan dosa saya. Doakan saya dan keluarga. Dalam kita rasa hidup kita susah, sebenarnya ada ramai lagi yang susah di luar sana. Selagi kita boleh makan dan ada tempat berteduh, bersyukur la dengan nikmat itu. Kita tidak tahu bagaimana orang lain berharap tempat yang kita ada sekarang. Semoga Allah swt permudahkan urusan kita semua. Ameennn. MasyaAllah Tabarakallah.. #syukur ♬ Ya Allaho Ya Rahman – Muhammad Qari Ejaz Ul Haq