Connect with us

Viral

“Comellnyaaaa..” 2 Jam Menangis Kereta Kena ‘Double Park’ Tapi Endingnya Pula Buat Ramai Terhibur

Siapa yang tidak marah jika ada kereta yang ‘double park’ sehingga menghalang laluan untuk kenderaan kita keluar bukan? Apatah lagi jika kita hendak pulang ke rumah setelah seharian berhempas pulas bekerja.
Iospital phone repair gombak
Jika ditinggalkan no telefon boleh dimaafkan lagi kerana senang untuk dihubungi tetapi ada kalanya mereka tidak meninggalkan no telefon dan apa yang lebih menyakitkan hati, siap tarik ‘handbrake’. Kesudahannya,
memang terpaksa tunggu owner kereta la jawabnya.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang gadis terpaksa menunggu 2 jam lamanya kerana ada kereta lain yang ‘block’ kenderaannya dengan double parking meraih perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @yarafaee, kelihatan gadis yang dikenali sebagai Tun Laila merupakan pelajar jurusan undang-undang di sebuah institusi.

Dia tidak dapat menahan sebak apabila perlu menunggu tuan empunya kenderaan dan apa yang membuatnya kecewa adalah kerana owner kereta Kelisa itu juga tidak meninggalkan nombor telefon serta menarik hand brake. Jadi gadis ini sukar untuk menghubungi apatah lagi untuk mengalihkan kenderaan.


Setelah menunggu sehingga Maghrib, akhirnya pemilik Kelisa muncul dan meminta maaf berulang kali kepada gadis itu.

Laila yang masih tidak mampu mengawal emosi kerana terlalu letih bagaimana pun bertanya dalam keadaan menangis mengapa lelaki ini tidak meninggalkan maklumat diri untuk dihubungi.

Lelaki ini turut menjelaskan bahawa dia sudah meletakkan nombor telefon di dashboard keretanya, tetapi terlupa untuk diterbalikkan kerana rushing.

Tapi, apa yang membuatkan ramai terhibur adalah cara lelaki tersebut pujuk gadis ini sehinggakan gadis ini ketawa kecil dan akhirnya mengambil nombor telefon untuk dihubungi kelak.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen simpati melihat nasib gadis ini yang perlu menunggu lama setelah seharian bekerja.

Pun begitu, netizen turut terhibur dengan cara lelaki itu memujuk gadis berkenaan sehingga akhirnya ketawa kecil selepas beberapa jam menangis.

Antara komen warga maya:

“Last sekali tu HAHAHAHA senang erk sis kena gula2 dengan dia”

“Macam lail tengah mengadu dekat boyfriend.. kesian kat laila tapi nampak sweet pula”


“Pandai dia ambil hati laila dengan sign longcall paper eh hahaha”

“Bagitulah ibu berjumpa bapakmu”

“Aww soft spoken nye dia.. banyak kali kot dia cakap sorry”

“Semoga pengakhiran ini ke jinjang pelamin”

“Comelnya tun kena umpan dengan sign longcall paper hahaha”

“Kena double park la pasni”


Video yang tular di laman TikTok:

@yarafaee18/10/2022 ; Tuesday @ 6:57PM

♬ original sound – tun.

@yarafaee Replying to @ヤスミン ♬ original sound – tun.

Advertisement

Copyright © 2022 YOY.MY Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)