“Menang besar” Tak Berkelip Tengok Amoi Cantik, Gelagat Budak Lelaki Tersengih Dapat Mini Love Buat Ramai Terhibur

Bayi sememangnya mempunyai gelagat mereka masing-masing malah adakalanya telatah mereka itu langsung tidak dijangka akhirnya membuatkan ramai terhibur.
Iospital phone repair gombak
Seperti yang kita tahu, budak lelaki cenderung lebih nakal berbanding budak perempuan malah ada sahaja yang hendak dilakukan mereka apatah lagi bila sudah pandai bergurau dan menyakat orang sekeliling.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang kanak-kanak lelaki ‘flirt’ dengan amoi di sebuah restoran telah mencuit hati ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @ayraarhm, dapat kita lihat sebuah keluarga dan budak lelaki sedang berada di kedai makan.

Namun apa yang menarik perhatian ramai apabila dia dilihat memandang ke arah seorang amoi dengan begitu lama dan tidak mengendahkan mak cik saudaranya bila dipanggil beberapa kali.

Apa yang lebih membuatkan budak lelaki ini ‘terpukau’ apabila amoi tersebut memberikannya ‘mini love’.


Setelah tersedar dirinya dipanggil mak cik saudara, akhirnya dia tersenyum malu kerana gelagatnya itu ‘terkantoi’.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat budak lelaki tersebut yang terus hanyut terleka setelah melihat amoi tersebut.

“Hahaha ingatkan sekali je dapat mini love. Rupanya banyak kali. Patutlah terpesona”- Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang sempat berseloroh mengatakan budak lelaki itu ‘menang besar’ kerana mendapat mini love yang bukan hanya sekali tapi berkali-kali!

Antara komen wargamaya:

“Cerah masa depan budak tu.. teruskan usaha..”

“Panggil2 tak dengar, terpaku..”


“Mummy inikah perasaan bila sudah dewasa”

“Boyfriend amoi tuh dengan baby pun nak insecure”

“Ciri-ciri lelaki sejati sudah ada sejak lahir”

“Dah besar nanti boleh citer delat member2 kau dik”

“Ingatkan sekali je dapat mini love rupanya banyak kali… patutla terpesona..”

“Mak saya dah jatuh cinta…”


Video yang tular di laman TikTok:

@ayraarhm Replying to @AA sakan naa panggil banyak kali pun buat taktau 😌😌 #fypシ #foryourpage #trending ♬ Funny Song – Cavendish Music