“Sejak itu hubungan akrab” Bergambar Bersama, Dai Syed Perjelas Hubungannya Dengan Joy Revfa

Usahawan cantik, Joy Revfa sebelum ini menjadi bualan ramai sebelum ini kerana kisah rumah tangganya dengan Hafiz Hamidun.

Terbaru, Joy sekali lagi menarik perhatian netizen apabila memuat naik gambar bersama dengan Dai Syed dengan pakaian sedondon.

Melalui laman Instagram Joy telah berkongsi foto tersebut dengan kapsyen:

Ustaz @daisyed_ , hang nak bawa kak joy berbuka puasa kat mana pulak hari ni..??

 

View this post on Instagram

 

Ustaz @daisyed_ , hang nak bawa kak joy berbuka puasa kat mana pulak hari ni..?? 😂

A post shared by Founder of MERVE Cosmetics (@joyrevfa) on

 

Ramai peminat yang bertanya apakah hubungannya dengan Syed. Malah ada yang mengatakan mereka sedang bercinta.

Melalui temubual dengan mStar, Syed perjelaskan isu tersebut dan menerangkan hubungannya dengan Joy Revfa.

Menurut Syed, dia menganggap Joy sebagai kakak kerana jarak umur yang sangat jauh.

“Tiada hubungan cinta pun… Saya sudah anggap Joy macam kakak sendiri tambahan pula jarak umur kami agak besar.’

Tambah Syed lagi, gambar itu dirakamkan ketika undangan berbuka puasa dan kebetulan memakai pakaian sedondon.

“Gambar itu diambil ketika kami mendapat undangan berbuka puasa di Menara KL dan pakaian sedondon kami pun tidak dirancang sebenarnya,” katanya.

Syed juga memberitahu dia mengenali Joy sekitar dua tahun lalu ketika Joy sedang menghadapi kemelut rumah tangga dengan bekas suaminya.

“Saya dah kenal lama… Ketika itu Joy selalu minta nasihat tentang situasinya ketika itu dan saya sering berpesan agar sentiasa kuat semangat dan kembali bangkit.”

Katanya lagi, sejak itulah hubungannya akrab sehingga hari ini.

“Sejak itu hubungan akrab sebagai rakan itu berkekalan sehingga ke hari ini,” jelasnya.

Syed bagaimanapun memberitahu dia lebih selesa dengan wanita yang sebaya dengannya memandangkan usianya baru 24 tahun.