“Moga Allah jadikan kita seorang ayah yang baik” – PU Abu

Satu perkongsian PU Abu di laman Intagram miliknya telah menjadi tumpuan para netizen.

Abu yang tidak lagi menutup ruangan komen dilihat sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Malah, Abu juga dengan yakinnya menjawab setiap satu komen yang dilontarkan oleh netizen.

Menerusi muatnaik foto tersebut, Abu telah menulis kapsyen,

“Anak syurga, Moga Allah jadikan kita seorang ayah yang baik.”

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan muatnaik tersebut, seperti yang rakyat Malaysia sudah sedia maklum apa yang Abu telah lakukan terhadap bekas isternya.

Di antara komen dari netizen adalah seperti berikut.

“Anak orang ditimangkan, anak sendiri ditinggalkan…”

“ayah yang baik belum tentu jadi suami yang baik . sedangkan anak kandung sendiri pun tak di hargai apa lagi bukan anak kandung sendiri . money buy happiness “


Malah ada juga yang mempersoalkan Abu yang suka berpakaian ketat sehingga menampakkan perutnya yang buncit.

“Apa hukum lelaki pakai baju n sluar ketat2 smpai menampakkan bonggolan? Mcm yg en Abu sllu pakai tu”

Walau bagaimanapun, Abu dengan tenang menjawab setiap satu persoalan dari netizen.

Sebelum ini, Abu telah meninggalkan isterinya yang sarat mengandung 7 bulan demi seorang janda usahawan kosmetik.

 

View this post on Instagram

 

Tak tahu nak cakap apa,korang komenlah sendiri 🤪🤪🤪 . . P/S : Komen yg murni2 je ye! #10yearchallenge

A post shared by Pencetus Ummah Abu (@puabu.official) on

Abu dan bekas isterinya, Ain telah berpisah apabila Mahkamah Rendah Syariah Klang telah mengesahkan perpisahan mereka.

Pada awalnya Abu mengatakan tidak berniat untuk melepaskan Ain secara total.

“Sejujurnya saya tidaklah berniat secara total untuk melepaskannya melainkan permintaan isteri.

Abu juga mengakui masih sayangkan Ain dan mahu bertanggungjawab terhadap anak di dalam kandungan.

 

View this post on Instagram

 

Muka pemain pasukan Thailand selepas kalah di tangan #harimaumalaya 😜

A post shared by Pencetus Ummah Abu (@puabu.official) on

“Saya masih sayangkan dia, saya masih mahu bersamanya dan tanggungjawab terhadap anak yang berada dalam perut isteri.

Abu mengakui kesilapannya yang meninggalkan isteri yang sedang sarat dan memohon maaf kepada Ain.

Semoga Abu dapat menunaikan kata-katanya untuk menjadi bapa yang baik. Anak-anak tak sepatutnya menjadi mangsa di atas kebodohan seorang bapa.