Orang Lain Beli Vellfire, Youtuber Drummer Nur Amira Syahira Puas Hati Ada Karavan

JIKA selebriti lain berlumba-lumba membeli kereta mewah seperti Vellfire hasil pendapatan sebagai anak seni, pemain dram dan YouTuber Nur Amira Syahira pula berpuas hati apabila berjaya memiliki sebuah karavan. Menurut Amira, 17, kenderaan tersebut memudahkan urusan hariannya dan praktikal digunakan memenuhi undangan persembahan di serata tempat. "Sesetengah orang pilih nak bergaya dengan kereta mahal tapi [...]

Kalau dilihat sejak akhir-akhir ini, semua selebriti tidak kira pelakon, youtuber atau instafamous berlumba-lumba membeli kereta mewah seperti Vellfire hasil pendapatan.

Sebagai anak seni, pemain dram dan juga YouTuber terkenal, Nur Amira Syahira pula berpuas hati apabila berjaya memiliki sebuah karavan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Amira Syahira (@amiradrummer) on

Amira yang kini berusia 17 tahun memberitau, kenderaan tersebut memudahkan urusan hariannya dan praktikal digunakan memenuhi undangan persembahan di serata tempat.

“Sesetengah orang pilih nak bergaya dengan kereta mahal tapi saya ada karavan pun dan rasa bebas sebab dia macam rumah bergerak… tilam untuk tidur, dapur dan bilik air pun ada.

“Kalau ada persembahan atau rakaman vlog percutian di luar kawasan, tak perlu susah-susah nak cari hotel dan boleh tidur sahaja dalam karavan lebih jimat duit… nak bawa peralatan untuk persembahan pun senang.

“Bukan tak teringin nak ada kereta mahal lain tapi rasanya belum tiba masa lagi… kalau ada pendapatan lebih barulah boleh difikirkan, sekarang ini saya lebih selesa bergerak dengan karavan,”

Sementara itu, bagi dekorasi dalaman karavan tersebut, Amira berkata kenderaan itu menerima pengubahsuaian mengikut citarasanya sendiri.

“Saya memang dah lama minat karavan ini, jadi masa beli hujung tahun lalu, dalaman karavan ini kosong sahaja dan saya sendiri yang buat dekorasi mengikuti citarasa.

“Setiap bahagian dalam karavan itu ditambah berasingan… mujurlah saya ini memang minat bertukang dan buat kerja hias-hias, jadi tak ada masalah tentang hal itu.

“Kos keseluruhan dalam puluhan ribu ringgit tapi kegunaannya mampu bertahan lama dan sangat praktikal,” ujarnya.

Bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini, Amira atau nama sebenar Nur Amirah Syahira Azizul Abidin mengakui agak mencabar untuknya membahagikan masa antara pelajaran dan karier.

“Kalau ikutkan struggle juga sebab nak bahagikan masa belajar dan kerja, tambahan pula SPM tinggal beberapa bulan sahaja lagi.

“Pelajaran pun penting, jadi kena pandai bahagikan masa… tawaran kerja kalau bersesuaian saya akan terima memandangkan ini juga sumber pendapatan cuma mungkin kurangkan sikit untuk fokus belajar.

“Alhamdulillah buat masa ini tiada masalah dan semua urusan itu dipermudahkan,” kata anak sulung daripada tiga beradik ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Amira Syahira (@amiradrummer) on

Bagi yang tidak mengenali Amira, saluran YouTube miliknya iaitu Nur Amira Syahira memiliki 2.23 juta subsribers.

Malah, pada tahun lalu, Amira diiktiraf YouTube menerusi Anugerah Gold Play Button selain dinobatkan sebagai YouTuber terbaik Asia.