Minta Angsa Dapat Dinasour, Pengantin Sedih Pulut Kuning Hiasan Indah Khabar Dari Rupa

Hari perkahwinan merupakan hari yang paling bahagia untuk raja sehari dimana dua hati disatukan dengan lafaz ijab dan qabul. Pastinya para pengantin akan membuat persiapan seperti pelamin, catering dan juga barang hantaran.

Seperti yang kita tahu, ada yang memberikan barangan dan diselitkan manisan untuk hantaran contohnya coklat ataupun kek. Pun begitu, ada yang menggantikan kek dengan pulut kuning.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana pulut kuning berhias yang ditempah indah khabar dari rupa mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @Nicksue, dapat kita lihat dia menempah pulut kuning dengan hiasan dekorasi angsa dan bunga-bungaan.

Pun begitu, apa yang wanita ini dapat tidak tumpah seperti seekor dinasour yang sememangnya sakit mata memandang malah tidak sama langsung seperti apa yabg diminta.


“Minta angsa tapi yang dapat dinasour” ujarnya di ruangan kapsyen.

Bercerita lanjut, wanita ini bersetuju untuk menempah setelah peniaga tersebut sendiri yang memberikan contoh-contoh gambar sebagai rujukan pembeli dan wanita ini dimaklumkan peniaga berkenaan mampu untuk menghiaskan dekorasi di atas pulut kuning seperti contoh yang diberikan.

Perkara itu nyata membuatkan wanita ini sedih apatah lagi perlu menghabiskan RM 150 untuk pulut kuning berhias namun langsung tidak sama seperti contoh yang diberi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap segelintir peniaga yang sambil lewa menyiapkan tempahan pembeli.

Bukan itu sahaja, netizen akui ianya langsung tidak sama seperti gambar contoh malah ada yang berseloroh mengatakan angsa di atas pulut kuning itu seperti dinasour ‘dark web’.

Antara komen warga maya:

“Angsa darkweb.. dapat refund tak? hadoi kalau saya hangin ni, dengan cendawan cucuk2 macam tu”

“Aku pernah kena.. bila kita tunjuk gambar contoh dia cakap boleh buat, bila siap..”


“Tak tahu nak nangis ke nak gelak tengok keadaan deko tu..”

“Ya ampun, bawang merah, telur puyuh pun tak berkupas”

“Angsa lepas bergaduh kot.. tomato tu melambangkan apa?”

Video yang tular di laman TikTok:

@nicksue Minta angsa tapi yg dapat dinosaur😭 #tragedi9september #viral #fyp #fypsounds ♬ suara asli – Nukin – Parikesit