“Jerit tu..” Lelaki Kene Kacau Dalam Tandas, ‘Hantu’ Siap Buka Pintu!

Pelbagai kisah mesteri yang dapat kita lihat di media sosial malah ada juga yang ‘extreme’ sehinggakan kita yang melihat pun meremang bulu roma.

Manakan tidak, kebanyakkan daripada makhluk halus ini sememangnya suka bermain dengan ‘hint’ untuk memberi tahu ‘mereka’ ada di sekeliling kita.

Contohnya dengan mengalihkan barang ke satu tempat yang lain ataupun menggerakkan barang tersebut dengan sendiri.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana berkongsi video seram turut merasa tercuit hati dengan reaksinya yang dikatakan mungkin sudah biasa dengan gangguan sebegitu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @adamjelahkot, dapat kita lihat seorang lelaki berada di dalam tandas tersebut sambil merakamkan satu perkara yang aneh.

Kelihatan dia sedang diganggu apabila pintu tandas yang dikuncinya dimain-mainkan sehingga pintu tersebut terbuka.

Kedengaran juga suar lelaki tersebut yang menghalau ‘makhluk tersebut’ daripada menggangunya namun apa yang buatkan ramai terhibur adalah apabila mendengar jeritan lelaki tersebut.


“Guys tengok guys toilet petronas ada hantu do.. boleh main buka buka sendiri.. berambuslah kau jin.. berambus lah kau setan. arrgggg”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut seram melihat lelaki ini diganggu sehingga terbuka pintu tandas.

Pun begitu, jeritan lelaki tersebut sememangnya menjadi bualan yang lebih hebat daripada gangguan makhluk halus itu sehingga ada yang berseloroh mengatakan mungkin hantu tersebut kini menyesal menggangu lelaki itu.

Antara komen warga maya:

“Bila dah terbiasa kena kacau dengan member dalam tandas, hantu pun dah tak kesah”

“Bang saya kerja kat petronas tu memang keras sikit”


“Aku rasa hantu yang kacau abang tu mesti rasa menyesal sambil gelak”

“Jerit tu buat hantu lagi terkejut”

Video yang tular di laman TikTok:

@adamjelahkotparanormal….♬ original sound – adam haziq👑