Connect with us

Viral

Boleh Cuti Bersalin Setahun & Dapat Gaji Penuh, Perkongsian Dr Amalina Buat Ramai Jealous!

Seperti yang kita tahu, cuti bersalin di Malaysia adalah hanya beberapa bulan sahaja dan tidak melebihi 4 bulan. Hal ini adalah untuk memberi ruang kepada ibu hamil menjalani tempoh berpantang tanpa diberhentikan kerja.

Bagaimana pun, baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang Doktor terkenal iaitu Dr Amalina Che Bakri yang sedang sarat mengandung di trimester ketiga berkata bahawa dirinya mungkin akan mengambil cuti bersalin selama 10 bulan.

Difahamkan, dia boleh mengambil masa selama setahun untuk cuti bersalin dan mendapat gaji penuh untuk satu hingga 5 bulan. Tambahnya, setiap tempat kerja dan organisasi mempunyai polisi yang berbeza.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kini faham, mengapa ramai yang berhasrat untuk bekerja di luar negara oleh kerana banyak ‘benefits’ yang akan diperolehi.

Netizen juga sempat membandingkan situasi di luar negara dan di dalam Malaysia sendiri dimana hanya diberikan cuti beberapa bulan sahaja malah ada yang hanya cuti 2 bulan namun diperli oleh majikan.

Antara komen warga maya:


Perkongsian yang tular:

Sekadar info, terdahulu pernah dilaporkan bahawa Malaysia telah kehilangan kira-kira 500,000 rakyat berkemahiran tinggi dan berbakat dalam bidang profesional kerana mereka memilih untuk bekerja di luar negara sejak 40 tahun lalu

Advertisement

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)