“Saya mahu dalami masalah dihadapi masyarakat” Neelofa tubuh Pertubuhan Kasih Neelofa

Noor Neelofa binti Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa merupakan seorang usahawan, pelakon dan juga pengacara.

Pertubuhan Kasih Neelofa

Selebriti popular tanah air ini telah menubuhkan pertubuhan kebajikan pertamanya yang dinamakan Pertubuhan Kasih Neelofa.

 

View this post on Instagram

 

🦞🦐🦀

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

Menurut usahawan berjaya ini, idea menubuhkan Pertubuhan Kasih Neelofa ini tercetus beberapa tahun lalu.

Saya sudah lama berhajat

Selain itu, beliau percaya Pertubuhan Kasih Neelofa bakal menjadi platform terbaik untuk dirinya terbabit dengan masyarakat secara total.

“Saya sudah lama berhajat untuk membangunkan sebuah pertubuhhan demi membantu golongan yang memerlukan”.

Saya mahu fokus mendalami masalah masyarakat

“Namun, saya tidak mahu ia berjalan tanpa membabitkan saya secara keseluruhan. Saya mahu memberi fokus 100 peratus dan benar-benar mendalami masalah yang dihadapi masyarakat”.

“Sebagai contoh, jika saya terlihat seseorang yang memerlukan bantuan di Twitter, saya akan cuba mendekati individu itu dan terus berhubung dengannya”.

“Saya mahukan pendekatan seperti itu,” ujar beliau kepada Harian Metro.

Pertubuhan ini rangkum 3 teras utama

Disamping itu, Pertubuhan Kasih Neelofa merangkumi tiga teras utama iaitu keagamaan, kemasyarakatan dan bantuan untuk golongan kurang bernasib baik.

“Teras keagamaan meliputi apa sahaja aktiviti seperti program keilmuan dan program keagamaan”.

“Manakala untuk teras kemasyarakatan, kami akan cuba mendekati komuniti dengan melaksanakan program-program bersama tenaga kerja Pertubuhan Kasih Neelofa dan sukarelawan”.

Kami fokus mereka terpinggir dan kurang berkemampuan

“Bagi teras bantuan untuk golongan kurang bernasib baik pula, kami memfokuskan kepada mereka yang terpinggir dan kurang berkemampuan seperti asnaf, ibu tunggal dan anak yatim”.

 

View this post on Instagram

 

❤️

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

“Kami akan cuba mendekati golongan ini dengan lebih rapat, mendengar keluhan dan masalah mereka”.

Anjurkan aktiviti-aktiviti amal

“Kemudian cuba menyelesaikan atau meringankan beban melalui bentuk sumbangan atau penganjuran aktiviti-aktiviti amal,” katanya.

Selain Neelofa, Pertubuhan Kasih Neelofa diterajui bersama ibu, ibu saudaranya, Ustaz Azam dan ia adalah pertubuhan peringkat kebangsaan.

Qurban Kasih Neelofa aktiviti pertama

Sempena kedatangan Aidiladha nanti, Qurban Kasih Neelofa adalah aktiviti pertama yang akan dilancarkan di bawah Pertubuhan Kasih Neelofa.

Selain itu, rata-rata netizen turut memberikan reaksi positif dan berharap pertubuhan tersebut dapat membantu masyarakat yang kurang berkemampuan.