“Menitik air mata dengar” Gaji Sehingga -0, Ramai Sebak Dengar Luahan Isteri Tentera di Radio Suria

Sebelum mendirikan rumah tangga, bincang perihal ekonomi dan kewangan teramatlah penting memandangkan komitmen selepas kahwin lebih besar berbanding sebelumnya.

Iospital phone repair gombak

Bagaimanapun. ramai yang gagal melakukan perkara tersebut sehingga membebankan diri sendiri akhirnya. Lebih teruk, terjerat dengan hutang keliling pinggang.

Beberapa hari lalu, tular rakaman video daripada radio Suria apabila luahan seorang wanita bergelar isteri kepada seorang tentera meruntun hati ramai.

Menurut wanita berkenaan, perasaan bahagia menikahi suaminya cuma seketika selepas akhirnya dia mengetahui lelaki tersebut berdepan dengan hutang sehingga menyebabkan gaji habis dan berbaki hanya negatif kosong.

Dalam pada itu, team Suria iaitu Ajak, Shuib dan Suraya dipuji ramai kerana menjadi pendengar yang baik.

Sehingga kini, video yang dikongsikan di TikTok @suriamalaysia itu telah berjaya mencecah jumlah tontonan sehingga 1.3 juta manakala meraih sebanyak 88.3 ribu tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita ini. Selain itu, pujian turut diberi kepada Ajak atas nasihatnya kepada pendengar selain sifatnya yang prihatin.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“salute team morning² suria! kalau terima caller macam sis ni, dorang sangat relax & menjadi pendengar & penasihat yang sangat baik! especially Ajak!”

“aku dengar caller ni masa tgh drive pagi tadi . menitik jugak lah air mata . terasa berat sangat beban akak ni . moga dia terus kuat”


“alhamdulilah,walau pun suami hanya tukang kebun sekolah.amat2 bertangungjawb,gji sentiasa ckup,kadang2 kita ingat nasib kita susah,ada lgi yg susah”

“x tggu somi tentera.. somi yg kerja biasa pon sekarang ni ramai bini yg tanggung…”

“Maaf ckp dlm askar mmg ramai lalui situasi ni…. Bila terlalu sng nk buat loan, sampai x igt yg kn byr blk tu lg trok.”

Video yang tular di laman TikTok

@suriamalaysia “Wanita Diuji di saat lelaki tidak mempunyai apa-apa” Lelaki diuji di saat dia memiliki segala-galanya Semoga segalanya dipermudahkan & menjadi wanita kuat buat anak @ajakshiro @shuibsepahtu @surayaborhan #suriamalaysia #segalanyahiburan #morningmorningsuria ♬ original sound – SURIA