‘Ditagih’ Air Tin Milo Hari2 Oleh Anak, Wanita Akhirnya Dapat Idea Bernas “Benda boleh recyle kenapa nak beli baru”

Air minuman Milo sudah menjadi kegemaran rakyat Malaysia sejak lamanya tanpa mengira peringkat umur. Malah, sudah ada tempat yang istimewa di hati ramai.

Iospital phone repair gombak

Bukan itu sahaja, minuman yang disediakan dalam tin, botol dan kotak ini juga menjadikannya jenama pilihan kerana mudah dan segera untuk diminum.

Baru-baru ini, tular gelagat seorang ibu yang cuba menghelah anaknya dengan membancuh serbuk Milo dan dituangkannya ke dalam tin Milo, membuatkan ramai terhibur!

Menerusi video yang dikongsikan oleh @naddd.nad di TikTok, difahamkan si ciliknya enggan minum minuman Milo selain yang disediakan di dalam kotak.

Disebabkan harga barang yang semakin meningkat, termasuklah harga setin air Milo berkenaan, wanita ini cuba mencari alternatif lain demi menunaikan permintaan anaknya.

Oleh kerana diminta setiap hari minuman Milo tin oleh si anak, wanita ini pun cuba membancuh Milo serbuk lalu dituangkannya ke dalam tin untuk menampakkan seperti air Milo yang baru dibeli di kedai!

“Benda boleh recycle, kenapa nak beli baru?” tulis pengguna TikTok itu di ruangan kapsyen.

Idea wanita ini dikagumi ramai kerana secara tidak langsung dapat menjimatkan kos memandangkan harga setin minuman itu juga hampir mencecah RM3.

Menjengah ke ruangan komen, wanita ini dipuji kreatif malah bijak memperdayakan anaknya demi menyelamatkan poket. Selain itu, rupanya ramai juga emak-emak menghadapi situasi yang sama seperti wanita berkenaan.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“ni baru Milo original 😂😂”

“Idea mak2 ….tak pernah mengecewakan 😂😂😂”


“Sy kalau bancuh buh 3 sudu mmg pekat sedap.. xyah susu n gula.. nk tin je ye pandai anak tu”

“Kan sis hahaha. Zaman skang mak kene bijak 😁”

“mak sye dh buat dlu dh.. zaman kanak2 sye x perlu org luo mak sendiri jdi scammer dh”

“betul jgk setin pun dh mahal 😅”

Video yang tular di laman TikTok

@naddd.nad Bila anak kau hari2 mintak air milo tin. Benda boleh recyle kenapa nak beli baru #milo #recycle #foryoupage #viralvideo #masukberanda #milomalaysia ♬ Happy Laughing – Sound Effect