“Mengigil badan bila tahu abah kena Covid-19” Luahan Sayu Si Anak Bila Abah Dijemput Ambulans

Hampir seluruh masyarakat dunia tertumpu dengan isu virus koronavirus atau Covid-19 yang kini menjangkiti hampir 223,104 orang dan menyebabkan 9,149 kematian. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan virus tersebut sebagai pandemik yang bermaksud wabak penyakit berkenaan tersebar ke seluruh dunia. Orang ramai menjalani kehidupan harian dalam keadaan berjaga-jaga, selain mendengar arahan pihak kementerian dan kerajaan bagi [...]

Hampir seluruh masyarakat dunia tertumpu dengan isu virus koronavirus atau Covid-19 yang kini melanda dunia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan virus tersebut sebagai pandemik yang bermaksud wabak penyakit berkenaan tersebar ke seluruh dunia.

Hari ini merupakan hari kedua bagi rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan ekoran kes yang kian bertambah dari hari ke hari.

Kisah menyentuh hati mereka yang terlibat dengan Covid-19

Sementara itu, di media sosial pelbagai kisah menyentuh hati ini dikongsikan oleh mereka yang terjejas dan terlibat dengan wabak Covid-19 ini.

Kisah-kisah ini diceritakan oleh keluarga mangsa yang positive Covid-19. Sebak, pilu dan hanya tangisan yang mengiringi langkah bapa mereka menuju ke ambulans.

Ternyata bukan mudah melihat orang yang tersayang jatuh sakit dan kita tidak mampu memimpin tangan mereka untuk membantu.

Sebak tengok ayah naik ambulans

Mohon doakan kesihatan ayah

“Mohon doakan kesihatan dan kesejahteraan ayah & kami sekeluarga. Alhamdulillah kami sekeluarga telah membuat saringan kesihatan di Klinik Sijangkang dan telah disahkan negatif”.

“Kami anggap ini sebagai ujian daripada Allah dan kami reda diatas ujian ini”.

“Mohon individu² yg ada kontak(hubungan) bersama ayah saya yang mempunyai gejala² covid-19 disarankan untuk membuat pemeriksaan di Klinik Kesihatan berdekatan”.

Saya sampaikan salam ayah buat semua

Beliau turut memohon sesiapa yang mempunyai kontak dengan bapanya untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

“Jika tiada gejala mohon kuarantin dirumah selama 14 hari. Saya menyampaikan salam ayah buat semua”.

“Maafkan segala silap dan salah. Halalkan segala makan dan minum. Jika ada terkasar bahasa dan tersilap tutur kata, harap dimaafkan”.

“Bukan niat ayah untuk membuat semua susah hati. Mohon maaf daripada kami sekeluarga”.

Hanya mampu lihat dengan titisan air mata dan doa

Minta doa dari kalian untuk ayah saya

“Iaitu orang yang bila mana di timpa musibah atau kesusahan, mereka berkata; kita kepunyaan Allah dan kepada Dia kita kembali”.

“Minta doa dari kalian untuk ayahanda saya ya. Cepat sembuh dan balik. Kerana dia superhero saya”.

“Saya banyak selamatkan anjing dan kucing liar sebab dia. Sokongan dan aspirasi dari dia”.

Saya cuba mampu melihat dan berdoa untuk Abah

“Sayang. Doktor Haiwan ini tak mampu berbuat apa – apa untuk ayah dia. Cuma mampu melihat. Dan doa. Dan titisan air mata tiba tiba luar kawal”.

“Gambar lama dia bantu saya. Saya simpan untuk satu hari bila mana ayah saya sudah tiada”.

“Saya akan terus buat apa yang saya buat hari ini hingga hujung usia. Terima kasih abah”.

Gigil satu badan bila tahu Abah positive Covid-19

“Menggigil satu badan bila dapat tahu abah positive covid-19. Tak selera nak makan. Tak tahu nak buat apa. Termenung”.

“Satu family pergi buat test. Semoga result baik2 saja. Tambah gigil tengok abah naik ambulance. Doakan abah cepat sembuh”.

Besar dugaan mereka melihat orang tersayang menuju ke ambulans

Besar dugaan buat keluarga mereka. Sebak dan pilu melihat bapa sendiri dalam situasi seperti itu.

Semoga pakcik-pakcik ini cepat sembuh dan bebas daripada penyakit bahaya. Buat semua rakyat Malaysia, jaga kesihatan dan semoga negara sembuh dari wabak ini.