“Duduk dalam khemah asingkan diri dari anak2 dan isteri” Wanita Ini Kongsi Pengorbanan Penjawat Awam

Ketika kita rakyat biasa yang masih bebas untuk berada di rumah sendiri, masih ramai kakitangan hospital, polis dan frontliner lain yang bertungkus lumus bekerja bagi mengekang COVID-19 dari terus menular.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, pengguna dengan nama Siti Ainur ataupun dikenali dengan panggilan Kekda berkongsi bagaimana jirannya yang merupakan seorang penjawat awam terpaksa bermalam di luar rumah demi keselamatan keluarganya.

Berikut adalah perkongsian Siti Ainur.

________

Saat kita masih lagi keluar rumah tanpa sebarang urusan penting dan tanpa rasa bersalah, ketahuilah, jiran Kekda seorang penjawat awam terpaksa duduk diluar demi keselamatan anak2 dan isterinya .

Balik rumah dari bertugas terus mandi diluar rumah, tanpa masuk rumah pun. Dan duduk didalam Khemah yg beliau sendiri pasang untuk asingkan diri dari anak2 dan isteri beliau.

Sedangkan beliau sedaya upaya mengikut step2 precaution sedaya mampu ketika bertugas diluar sana ditempat orang ramai dari terkena jangkitan virus tersebut.

Lebih memilukan, bila beliau dan pasukannya ke tempat seperti kedai di dalam kampung, rata2 jawapan orang awam :

“Kami ni dah tua, COVID tak nak dah kat kami. Kalau kena pun mmg nak mati dah dengan usia kami ni. “

Orang yg cakap macam ni dia tak tahu kot macam mana keadaan meninggal dengan sakit COVID19 ni hmmm.

Belum lg part orang ramai masih bawak anak2 keluar pegi beli barang mcm takde apa2.

Sebak pilu tengok para FRONTLINERS usaha betul2 utk kekang situasi ni dari jadi makin teruk. Tapi rakyat / orang awam, masih ada yg tak cakna dan tak peduli.

SELFISH ! Tolonglaa saat korang masih berpeluang duduk bersama keluarga, ingat barisan hadapan negara yg terpaksa berkorban sebegini rupa untuk kesejahteraan kita semua.

TOLONG, TOLONG PRIHATIN

**Buat jiran Kekda, Abg Din, anda adalah hero negara. Buat Kak Ta dan anak2, sesungguhnya kalian adalah insan yg hebat . Kalian semua adalah yg terhebat .

Rata-rata netizen sangat terkesan dengan perkongsian tersebut dan mengharapkan agar semua rakyat Malaysia dapat bersama-sama mengasingkan diri dengan berada di dalam rumah masing-masing.