“Besar jiwa mereka” Wanita Palestin Berkumpul & Doakan Ketika Malaysia Diuji Covid-19

Hari demi hari wabak Covid-19 ini terus tersebar meluas ke seluruh dunia. Malah Malaysia juga turut terkesan.

Peningkatan kes yang agak tinggi ketika ini bukan sahaja menggusarkan tetapi sudah bertukar menjadi ketakutan.

Kes semakin meningkat setiap hari

Kemelut Covid-19 yang melanda dunia ini bukan sahaja mengancam kesihatan malah turut menggangu pertumbuhan ekonomi negara.

Setakat hari ini kes meningkat dari hari ke hari dan 900 kes telah dicatatkan setakat hari ini.

Manakala ratusan kes dilaporkan positif Covid-19 menjadikan Malaysia antara negara yang mencatatkan kes yang tinggi.

Masih ada ruang titipkan doa buat Malaysia

Namun begitu, dalam keadaaan yang tegang ini masih ada negara yang ingin sama-sama menadah tangan mendoakan Malaysia pulih kembali seperti sedia kala.

Susulan daripada khabar duka dari Malaysia ini, Naib Presiden Ikatan Muslim Malaysia (Isma), Prof Dr Zainur Rashid di Facebooknya telah muat naik satu video yang menyentuh hati rakyat Malaysia

Video berkenaan memaparkan masyarakat Palestin yang mendoakan kesejahteraan buat Malaysia.

Murninya jiwa-jiwa mereka

Menerusi video berkenaan, sekumpulan wanita itu dilihat duduk sambil menadah tangan dan berdoa agar isu Covid-19 yang sedang melanda Malaysia dapat ditangani.

Masih ramai yang menyayangi Bumi Malaysia

Walaupun berada jauh dari bumi Malaysia namun mereka sama-sama merasakan kegelisahan rakyat Malaysia ketika ini.

Biarpun bukan mudah berdepan situasi wabak ini namun sedikit semangat dari mereka mampu menaikkan kembali semangat yang ada.

Sementara itu, video ini juga telah tular dan mendapat perhatian dari rata-rata netizen yang terharu dengan apa yang saudara kita lakukan itu.

Ribuan terima kasih dari rakyat Malaysia

Ekoran dari itu, rata-rata rakyat Malaysia yang melihat video itu telah mengucapkan ribuan terima kasih diatas ikhtiar serta doa itu.

Selain itu, ramai diantara kita mengakui berasa terharu kerana ketika Malaysia sedang diuji mereka di sana tidak pernah melupakan negara kecil ini.

Semoga kita sama-sama mendoakan kemelut wabak Covid-19 ini beransur pulih dan Malaysia pulih seperti sedia kala.