Menggamit Kenangan, Peminat Nyanyi Sendiri Lagu Ketika Konsert Sheila On 7 Buat Ramai Teruja!

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan kumpulan ‘lagend’ Sheila On 7 daripada Indonesia ni bukan? Bait-bait lagu yang dinyanyikan mampu membuatkan ramai ‘galau’ sekaligus mengimbau kenangan lama.

Iospital phone repair gombak

Kumpulan pop rock terkenal Indonesia itu, Sheila On 7 atau dikenali sebagai So7 tidak pernah gagal membuatkan ribuan peminatnya diselubungi rasa sendu apabila mendengar lagu mereka.

Seperti yang kita tahu, So7 menjalankan sebuah persembahan di khayalak ramai di satu lokasi di Indonesia bahkan video yang tular di laman TikTok nyata mencuri perhatian terutamanya netizen di Malaysia!

Menerusi video yang dimuat naik oleh @itsbilll1, dapat kita lihat So7 sedang menyanyikan lagu Dan yang merupakan antara karya hits yang ditulis oleh salah seorang anggota mereka, Eross Candra.

Sekadar info, lagu Dan dikeluarkan pada tahun 1999 tapi siapa sangka sehingga kini ramai yang masih mengingati lirik dan rentak lagi tersebut.

Dapat kita lihat, pada awalnya vokalis So7 Akhdiyat Duta Modjo menyanyi lagu tersebut diiringi oleh para peminat sebagai suara latar belakang.

Namun apabila tiba di bahagian korus, Akhdiyat dilihat memberi ruang kepada penonton untuk meneruskan nyanyian dan dia menyanyi tanpa menggunakan mikrofon.


Jika dilihat, suasana tersebut sangatlah menggamit kenangan malah turut sama dapat merasai gelombang ‘galau’ itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen teruja melihat video tersebut bahkan akui ianya menggamit kenangan zaman kanak-kanak dahulu.

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap kumpulan itu dapat membuat konsert di Malaysia kerana ingin nyanyi bersama seperti yang dilakukan oleh negara jiran.

Antara komen warga maya:

“Datang Malaysia pleasee”

“Since 1995 until now masih suka lagu2 sheila on 7”


“Childhood memories”

“Mengimbas kembali waktu..”


Video yang tular di laman TikTok:

@itsbillll1 Lupakanlah saja diriku, Bila itu bisa membuatmu, kembali bersinar dan berpijar Seperti dulu kala. #dan #dansheilaon7 #sheila #sheilaon7 #sheilaonseven #dutasheilaon7 #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Dan… (Album Version) – Sheila On 7