“Asal boleh je” Minta Tolong Suami Simpan Lauk Tak Habis, Isteri Akhirnya ‘Tepuk Dahi’ Bila Suami..

Orang lelaki sememangnya menginginkan segala-galanya mudah termasuklah jika berada di dapur. Jika ada satu kuali, itulah kuali menggoreng telur, masak mi segera dan sebagainya.
Iospital phone repair gombak
Berbeza dengan wanita, mereka mempunyai pelbagai jenis kuali, periuk, senduk bahkan semuanya memiliki kegunaan dan tujuan tersendiri.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita berkongsi gelagat suaminya yang menyimpan makanan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok @anggunsasabila07, difahamkan wanita itu meminta suaminya menyimpan lauk yang tidak habis di dapur.

Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah setelah beberapa jam berlalu, si isteri menjenguk lauk tersebut dan terkejut melihat apa yang dilakukan oleh suami.


Manakan tidak, suaminya menggunakan penutup mangkuk kaca untuk menyimpan lauk yang tidak habis lalu menutupnya menggunakan pinggan.

“Orang laki ni asal boleh saja. Suka menjandakan pinggan mangkuk!” Ujarnya

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat si suami yang main guna sahaja penutup mangkuk kaca.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen dari kalangan isteri yang berkongsi gelagat suami masing-masing jika meminta tolong di dapur.

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang berpendapat mungkin suaminya meletakkan makanan di dalam penutup bekas kaca kerana kuantitinya yang sedikit.

Antara komen warga maya:

“Hahahaha asal boleh laa kan”

“Sebab sikit kot.. janji tutup”


“Haaa.. memang perangai sama dengan laki kita asal dapat tutup sudah.. janji tak ada lalat masuk..”

“Tak apa janda pinggan mangkuk, boleh basuh.. kalau jandakan yang duk ada lagi parah..”

“Benda sikit je kan.. takkan nak guna bekas besar.. kann”


Video yang tular di laman TikTok:

@anggunsalsabila07 😂 😂 😂 😂 Lawak2 aje kan…. #fyp #fypdongggggggg #myfoodie #berandatiktok ♬ bunyi asal – Nyap tahuk