“Dia berusaha tak meminta” Gigih Jual Kek Guna Kerusi Roda, Peniaga OKU Buat Ramai Kagum!

Tidak semua yang dilahirkan di muka bumi ini sempurna malah ada juga yang diuji kekurangan upaya malah jalan penceritaan dalam hidup setiap insan juga berbeza-beza.
Iospital phone repair gombak
Pun begitu, setiap yang berlaku sudah pasti mempunyai hikmah kerana Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya bahkan tidak menguji seseorang diluar kemampuan mereka.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita berkongsi tentang peniaga OKU yang menjaja aneka kek di lokasi Lake Fields dengan hanya menggunakan kerusi roda untuk ke suatu tempat ke tempat yang lain mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @haslina_ark, dapat kita lihat kegigihan lelaki tersebut. Walaupun terlihat mempunyai kekurangan namun dia tidak menjadikannya penghalang untuk mencari rezeki yang halal.

“Nampak abang ni di Lake Fields hari ini. Andai nampak dia, supportlah. Dia kurang upaya tetapi berusaha dan tidak hanya meminta.”


“Bantu selagi termampu. Abang ni jual kek RM15 sebekas. Beli 3 free 1,” ujarnya.

Dapat juga kita lihat, beberapa orang pelanggan yang baik hati membeli kek yang dijual peniaga OKU terbabit.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum melihat lelaki tersebut yang cekal mencari punca pendapatan dan tidaklah meminta-minta pada orang lain.

Tidak cukup dengan itu, ramai juga netizen yang ingin menyalurkan bantuan bahkan mendoakan agar lelaki tersebut sentiasa dimurahkan rezeki.

Antara komen warga maya:

“Terima kasih pada amoi dan yang lain lain kerana sudi membantu.. syukur..”

“Terima kasih orang baik”


“Dia lebih mulia dari sihat tubuh badan tapi malas nak berusaha asyik mengharapkan bantuan”

“Bestnya tengok perkara menginsafkan macam ni”

“Semoga dipermudahkan urusan rezekinya..”


Video yang tular di laman TikTok:

@haslina_ark Nampak abang ni di Lake Fields hari ini. Andai nampak dia, supportlah. Dia kurang upaya tetapi berusaha dan tidak hanya meminta. #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #mgprihatin #malaysiaprihatin #sayangsemua ♬ Perjalanan Hidup – Ramli Sarip