Mempunyai Simpanan Sebanyak RM149K, Pengemis Akui Hasil Daripada Minta Sedekah

Sering kali kita lihat ada orang yang meminta sedekah di kedai makan, depan bank, pergi ke setiap rumah malah seolah-olah menjadi ‘trend’ dimana kini meminta sedekah di lampu isyarat merah.

Bahkan ada juga yang dilihat sempurna dan cukup sifat namun masih memilih untuk meminta sedekah dan tidak mencari pekerjaan.

Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah perkongsian dimana seorang pengemis di Indonesia yang memiliki wang simpanan yang begitu banyak di dalam akaun banknya.

Siapa sangka, Pengemis dikenali sebagai Lutfi Haryono itu dikatakan memiliki wang hampir RM149,000 sekaligus membuatkan ramai netizen curiga.

Menurut sumber, kisah pengemis kaya itu menjadi tular selepas gambar dua buku simpanan bank milik lelaki itu dikongsikan di media sosial.

Bagaimana pun, setelah disiasat oleh pihak polis, lelaki ini mengakui bahawa wang tersebut adalah hasil simpanannya selama ini.

Pihak polis juga mendapati lelaki itu telah mengemis selama 13 tahun selepas berpisah dengan isterinya. Wang simpanan yang dikumpulnya selama 13 tahun itu juga digunakan untuk keperluan peribadi seperti membina rumah.

Pun begitu, lelaki ini juga berkata bahawa tidaklah semua wang yang ada di dalam akaun itu adalah hasil meminta sedekah ekoran sebelum ini dia pernah bekerja di sebuah kedai makan.

Dia juga telah berjanji tidak mengulangi kesilapannya lagi dan memaklumkan akan mencari warung untuk memulakan perniagaan bagi mencari sumber pendapatan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terkejut melihat simpanan lelaki ini yang mencecah ratusan ribu ringgit sedangkan ada dikalangan netizen yang bekerja siang malam namun belum mempunyai wang sebanyak itu.

Video yang tular: