Dituduh Guna Duit Adik Beli Kereta Mewah, Kakak Asif Tampil Beri Respon

Siapa tak kenal dnegan dengan bintang Youtube iaitu Asif Suhaimi. Manakan tidak, gelagatnya yang spontan dan lucu itu mampu membuat penonton terhibur.

Pun begitu, baru-baru ini kakaknya yang dikenali sebagai Nurul Atina Suhaimi menjadi bualan ramai apabila dituduh menggunakan duit remaja istimewa itu.

Kesal dengan tuduhan tersebut, dia yang juga merupakan usahawan tudung tampil menafikan segala dakwaan yang mengatakan dia menggunakan duit adiknya untuk membeli kereta mewah dan menumpang populariti pelakon Drama Spontan itu.


“duit aku pun tak habis makan, tak ada makna aku nak tumpang duit adik aku.” katanya

Wanita ini juga menyifatkan bahawa individu yang membuat tuduhan itu seolah-olah mengenali siapa dirinya.

“Kakak dia ni tumpang populariti adik je, kakak pakai kereta mewah tu makan duit adik dia tu.”

“Wahai manusia kau sembang macam kau kenal aku, duit aku pun tak habis makan tiada makna aku tumpang duit adik aku,” ujarnya yang kini memakai kenderaan berjenama BMW berwarna putih

Dia juga akui setiap kata-kata hinaan dan tuduhan yang dilemparkan oleh warga netizen sangat menggorskan hatinya dan dia juga bertindak untuk menyekat individu yang meninggalkan komen-komen sedemikian.

“Kadang-kadang tak tahan juga dengan mulut orang tapi begitulah lumrah yang terpaksa ditelan,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meminta agar Atina mengabaikan segala komen buruk dan tuduhan yang diberikan oleh netizen malah menyifatkan bahawa ramai diantara manusia yang busuk hati dan tak mampu melihat orang lain bahagia atau dengki dengan kesenangan orang lain.

Antara komen warga maya:

“lahh.. dia niniaga sebelum asif terkenal lagi..”


“dah tu takkan nak tumpang popularity dato siti pulak”

“orang yang tak kenal Atina je cakap macam tu”

“kalau pun betul, lantak lah”

Video yang tular di laman TikTok:

@atina_suhaimi blok terus manusia macam ni😎#fypシ #fyp #usahasendiri #tinabeautycoffee #tinaarenabeauty #fyppppppppppppppppppppppp #viral ♬ Gomy Gomy Gomy – Iconicfatma