Memiliki Mata Berwarna Kelabu, Anak Mua Bellaz Kini Raih Perhatian Ramai

Sebelum menceburi bidang MUA atau make up artist, wanita ini hanya menjadi suri rumah sepenuh masa. Pun begitu, dia telah berjaya menubuhkan perniagaannya sendiri iaitu Bellaz Beauty Sdn Bhd.

Siapa yang tidak kenal dengan juru solek Mua Bellaz yang terkenal di platform media sosial ini? Nur Nabila Binti Zulyadaini atau lebih mesra dipanggil Bella ini mempunyai bakat solekan yang luar biasa malah telah menjadi rebutan artis dan model dalam dunia make up.

Bukan itu sahaja, kepetahannya dalam tutorial make up juga menjadi tumpuan netizen sehingga mempunyai 1 juta pengikut di laman Instagram dalam masa 3 tahun.

Bulan Julai lalu, Bella telah selamat melahirkan seorang anak perempuan dan dia berkongsikan wajah anaknya di laman Instagram yang diberi nama Nur Aisywara Naelofa.

Tidak dapat dinafikan, anak perempuan Mua Bella ini sememangnya memiliki sepasang mata yang cukup cantik seperti memakai kanta lekap. Anak mata kelabu dengan kulit putih mulus dan bibir merah itu membuatkan ramai yang geram melihat kecomelan anaknya.

Malah, Bella juga banyak berkongsikan video serta gambar anak perempuannya itu di media sosial. Namun, terdapat satu video di laman TikTok yang menjadi perbualan hangat warganet.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @muabellaz sendiri, memamparkan wajah terbaharu anaknya Nur Aisywara Naelofa yang sudah memasuki umur 1 bulan.

Untuk pengetahuan, Bella yang mempunyai wajah yang unik dan hidung mancung ini merupakan kacukan Turki-Melayu. Jadi tidak hairanlah jika wajah dan kecantikan anak sulungnya itu tak tumpah seperti ibunya.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecantikan sepasang mata berwarna kelabu yang dimiliki oleh anak Mua Bella, Nur Aisywara Naelofa. Malah mereka juga turut mendoakan agar si cilik itu membesar dengan sihat.

Antara komen warganet:

“Mak hang suka pakai lens time makeup lopa, cantiknya hang..”

“So cute baby, semoga membesar dengan sihat dan berjaya dunia akhirat..amin..”

“Mata tu cantik sangat..”

“Ya Allah mata dia..rezeki sis..doa saya pulak dapat zuriat ye..amin”

“Segak nahh mata dia..masyaAllah..”

Video yang tular di laman TikTok:

@muabellazHii Diaa kataa ni ..bg love boleh kt Aisywara Nealofa 🤍♬ Tiba-Tiba Speed Up – liriklaguツ

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.2m tontonan, 223.0k tanda suka, 3095 komen, 5288 simpanan, 3262 perkongsian di laman TikTok.