“Kena scam..” Wanita Ini Terlupa Pasang Filter Ketika Live, Tak Pasal-Pasal Kantoi!

Jika sebut sahaja tentang filter, tentu ramai yang sering menggunakannya di applikasi Instagram, TikTok dan banyak lagi. Manakan tidak, dengan menggunakan filter, gambar seperti pemandangan pasti akan kelihatan lebih cantik.

Pun begitu, kini banyak juga ‘filter’ yang boleh membuatkan seseorang itu nampak lebih cantik apabila di dalam gambar ataupun video.

Dari pipi tembam kepada runcing, dari muka suram kepada muka yang sudah siap bersolek, daripada kulit wajah yang kusam menjadi putih berseri. Sebab itulah kita tidak boleh percaya 100% apa yang ada di dalam media sosial.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita terlupa untuk memasang filter ketika bersiaran langsung mencuri perhatian ramai.

Dapat kita lihat, pada awal rakaman wanita itu tampak agak berusia namun setelah sahaja dia ‘on filter’ segala-galanya berubah dan dia bertukar menjadi seorang wanita cantik.


Memang lain betul muka dia, macam berubah orang terus! Tak pasal-pasal terkantoi selama ni hanya guna filter sahaja.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat video tersebut malah akui pada zaman kini, tidak semua perkara kita boleh percaya bulat-bulat kerana segala-galanya semakin canggih.

Malah ada yang berseloroh bertanyakan telefon apa yang wanita berkenaan gunakan kerana ingin turut membelinya.

Antara komen warga maya:

“Omak ai patut la selalu bising je sebelah rumah rupanya nenek jiran sebelah buat live”

“Itu aku tak percaya sangat yang streaming live ni sebab teknologi filter semakin canggih”


“Hp apa dia pakai eh.. nak cuba juga”

“Alamak filter ni bahaya”

“Tapi lain benar filter ni dengan diri sendiri”

“Nasib baik aku kenal bini aku zaman fb.. zaman tu orang tahu filter penapis air rumah je..”

Video yang tular di laman TikTok:

@merindink.id trust issue 📈📈 #fypdongggggggg ♬ original sound – MERINDINK