“Memalukan!” Buat Majlis Kahwin Atas Kubur, Siap Ada Pentas Karaoke!

Pada masa kini, telah kurang sifat hormat di dalam diri masyarakat dan yang ada hanyalah sikap kurang ajar bahkan tidak berfikir panjang apabila melakukan sesuatu perkara.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana sebuah keluarga mengadakan majlis perkahwinan di tanah perkuburan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @terangmedia di Instagram, dapat kita lihat terdapat pentas yang agak besar dilengkapi sistem audio dan juga pelamin yang dihiasi untuk raja sehari.

Kelihatan orang yang sedang sibuk membuat persiapan seolah-olah berada di dewan perkahwinan. Langsung tidak hiraukan tempat tersebut.


Kanak-kanak yang ada disitu pula berlarian seperti berada di taman bahkan ada yang selamba berjalan memijak kubur dan bersantai diatas pelamin.

Lebih kesal adalah, mereka yang ada di situ mengenakan songkok dan tudung sekaligus mencemarkan nama baik islam dengan perlakuan biadap mereka.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan situasi tersebut malah menyifatkan ianya sesuatu yang memalukan dan mampu mencemarkan nama baik islam.

“Astagfirullah… kalau (rumah) tidak ada halaman, adakah desanya juga tidak punya kawasan lapang?”

Bukan itu sahaja, video yang dipercayai berlaku di indonesia itu mendapat kecaman ramai dan ada yang mengatakan perkara aneh dengan negara tersebut sememangnya tidak dapat dipisahkan.

Antara komen warga maya:

“memang cari bala ke? islam mana ajar benda ni?”

“umat islam sendiri tak menghormati agamanya..”


“yang sedih tubertudung bersongkok tapi adab tak ada”

“padahal islam sudah ajarkan cara pernikahan yang sebenar”

Video yang tular:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Terang Media (@terangmedia)