Akad Nikah Dalam Ambulans Dengan Berbaju Hospital, Pengantin Lelaki Kemalangan Sebelum Majlis

Sesi ijab dan qabul sememangnya menjadi kenangan manis bagi setiap insan yang tekad untuk menamatkan zaman bujang dan melangkah ke alam perkahwinan.

Pelbagai persediaan yang dilakukan agar tidak ‘gugup’ apabila berada di hadapan tok kadi termasuklah sewaktu melafazkan akad nikah.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana pasangan ini terpaksa akad nikah di dalam ambulans kerana pengantin lelaki terlibat dalam kemalangan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @fareezfernandez, kelihatan lelaki yang mengenakan baju hospital itu sedang terbaring di dalam ambulans sambil membaca sekeping teks. Turut kelihatan tok kadi di sebelah pengantin lelaki semasa majlis ijab dan qabul itu.

Difahamkan, pengantin lelaki terlibat dalam kemalangan dan mengalami patah paha. Segala persiapan telah dibuat dan mereka tetap meneruskan sesi akad nikah walaupun bukan seperti yang dirancang.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen simpati melihat mereka yang terpaksa meneruskan akad nikah di dalam ambulans namun dalam masa yang sama netizen kagum dengan semangat lelaki tersebut yang sanggup melupakan kesakitan demi menghalalkan wanita yang dicintai.

Bukan itu sahaja, netizen juga menyifatkan ini merupakan kenangan yang tidak akan dilupakan sehingga akhir usia.

Antara komen warga maya:

“kenangan yang tak boleh dilupakan”

“jujur aku kagum dengan isteri sanggup menerima seadanya keadaan bakal suami, jiran aku dulu perempuan excident patah kaki terus kena putus dengan tunang dia”


“kita hanya merancang Allah yang menentukan..”

“nikah2 terus boleh jaga suami.. auchh”

“semoga pengntin lelaki sangat2 menghargai pengantin perempuan.. lepas kahwin tugas berat nak jaga suami..”

Video yang tular di laman TikTok:

@fareezfernandez #fyp #pengantinviral ♬ original sound – Muhd Arash – Arashamerrr