[VIDEO] 2 Helikopter Bertembung di Taman Melawati, 2 Orang Dipercayai Maut

Menerusi laporan Harian Metro, sebuah helikopter terhempas di kawasan padang berhampiran sebuah sekolah di Taman Melawati di sini, hari ini.

Difahamkan, sekurang-kurangnya dua dilaporkan maut dalam nahas berkenaan yang dipercayai berlaku pada 11 pagi itu.

Kita terima panggilan daripada orang awam

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha mengesahkan kejadian itu.

“Ya betul ada terima panggilan daripada orang awam”.

“Saya tak boleh maklum apa lagi. Saya sedang menghala (lokasi kejadian),” katanya.

Helicopter terhempas di Taman Melawati

Kejadian yang berlaku sebentar tadi itu telah tular di laman sosial dan beberapa keping gambar telah dimuat naik menerusi Facebook Info Roadblock JPJ\POLIS.

Berlaku perlanggaran dengan helikopter lain

Menerusi perkongsian di laman Twitter oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai Mohd Redzuan Abd Manap, helikopter tersebut dipercayai telah berlanggar di udara dengan sebuah lagi helikopter lain sebelum terhempas.

Sebuah lagi helicopter selamat mendarat di kawasan lapang

Walaubagaimanapun, menurut sumber sebuah lagi helicopter yang terbabit dalam nahas berkenaan telah selamat mendarat di kawasan lapang.

Ketika ini difahamkan identiti mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut masih belum dikenal pasti dan sedang menunggu laporan daripada pihak berkuasa.