“Mawar tak malu untuk share” Mahu Lancar Mengaji, Mawar Rashid Upah Ustazah Ajar Iqra’

Baru saja habis graduasi dengan perut yang sarat mengandung, Mawar Rashid nampaknya masih gigih untuk belajar mengaji pula.

Menurut Mawar, gurunya yang bernama Nadirah sama umur dengannya dan sama-sama mengandung dengan Mawar.

Sepanjang mengandung ini, Nadirah menemaninya sebagai guru mengaji iqra’ dan al-quran.

BACA: Sarat Mengandung, Mawar Rashid Sempat Konvo

Mawar memberitahu memang niatnya sebelum pregnant lagi untuk belajar semula mengaji dengan lancar.

Menurutnya, dia boleh membaca al-quran cuma tak berapa lancar dan harapannya selepas ini dapat mengaji dengan lebih lancar dengan bimbingan Nadirah.

“Memperkenalkan ustazah Mawar. Dia sama umur Mawar, and dia pun tengah pregnant sama bulan dengan Mawar. Sepanjang Mawar pregnant ni, Nad ni la jadi guru mengaji Mawar, lepas blajar iqra, we all sama2 baca Al-Quran untuk baby we all..

“Memang niat Mawar sbelum pregnant lagi nak belajar balik untuk mengaji dengan lancar, agar Mawar lebih dekat ngan Al-Quran. Tapi Mawar tak sempat lagi menguruskan masa Mawar atas urusan kerja yang terlalu padat.

“Jadi Mawar ambil kesempatan time preggy ni, untuk memulakan kelas mengaji yang telah lama ada dalam niat hati Mawar ni. Insyaa’Allah akan maintain kelas mengaji atau kelas apa2 demi menambahkan ilmu pengetahuan agama sampai bila2 pun tak apa.

“Itu hajatnya la, kita perlu dream big kan. Hehe.. Sebelum ni Mawar memang boleh baca Al-Quran, jangan salah faham ye, tapi tak beberapa lancar. Mawar tak malu untuk share sebab Mawar sedar ni kekurangan Mawar.

“Buat apa kalau kita nak bangga dengan benda yang kita tak pandai/ tak ada kan? Biar hati ni jujur daripada kita menipu diri sendiri dan orang lain. Mawar punya goals, belajar sampai dapat baca Al-Quran dengan lancar, dan dapat menghayati ayat2 yang Mawar baca.

“Insyaa’Allah.. And Mawar share ni agar dapat memberi semangat kat org luar di sana yang kita tidak pernah terlambat untuk memulakan sesuatu yang baik. Mawar doakan agar kita semua sentiasa istiqamah(berterusan) hingga ke akhir hayat” tulis Mawar Rashid pada ruangan kapsyen.

Rata-rata peminat memuji usaha yang dilakukan oleh Mawar Rashid dan mendoakannya supaya dipermudahkan urusan melahirkan anak.

Semoga Mawar Rashid dapat mengaji dengan lancar dan selamat melahirkan cahaya matanya nanti.