“Mulianya hati Che Ta” Sambut Birthday ke-46 Bersama Anak Yatim, Che Ta Dipuji Peminat

Pelakon cantik, Rozita Che Wan baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-46 dengan sambutan yang sederhana.

Di dalam posting di Instagram Che Ta dilihat meluangkan masa bersama keluarga di sebuah Madraasah.

“Untuk maklumat, Madrrasah ini tidak mengenakan sebarang yuran yg tetap kerana kebanyakan pelajar terdiri daripada anak yatim dan keluarga yang susah.. Mudah mudahan dengan sumbangan yang di salurkan ini mampu memberi sinar baru buat anak2 ini menuntut ilmu dan menyebarkan sariat islam ke seluruh dunia..” Tulisnya panjang lebar.

Adik-beradik Che Ta juga hadir pada majlis sambutan hari jadinya itu.

 

View this post on Instagram

 

Celebrating my birthday with my siblings . #rozitachewan #cheta #rcw #happybirthday #9mac #2019 . . 🎈 @balloon_bar . 📷 @azmwhb

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Rata-rata netizen memuji keperihatinan Che Ta terhadap golongan yang tidak bernasib baik dan mendoakannya sentiasa murah rezeki.

Sebelum ini ada perselisihan faham di atara Che Ta dan bekas pemandu peribadinya apabila bekas pemandu tersebut telah membuat kenyataan di mana Che Ta tidak membayar gajinya.

Walaubagaimanapun, kes itu dianggap selesai selepas beberapa hari. Che Ta dikatakan telah melunaskan gaji bekas pemandunya itu.

Selamat hari lahir dan semoga Che Ta sentiasa murah rezeki dan berjaya dalam apa yang diceburi.