[FOTO] “Hebat! Inspirasi untuk semua” Sarat Mengandung, Mawar Rashid Sempat Konvo Sebelum Bersalin

Walaupun usia kandungan Mawar Rashid sudah mencecah 8 bulan, Mawar akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya di Management & Science University (MSU).

Berita baik itu dikongsi oleh Mawar sendiri melalui laman instagramnya bersempena majlis konvokesyen kali ke 24 yang berlangsung hari ini.

Malah, abang Mawar sendiri turut mengucapkan tahniah di laman instagramnya dengan memuat naik gambar mereka bersama beserta kapsyen yang sedikit lucu;

Alhamdulillah. Habis jugak, ingat ke ……… Lol

Raf Yaakob iaitu suami Mawar rashid turut memuat naik gambar beserta kapsyen yang panjang sebagai ucapan tahniah dan juga tanda penghargaan untuk isterinya.

“Congratulations anje. Not many know this. And I know you’re not the kind of person who would tell everything. You will rather just keep quiet and let nature does the job for you.

“Throughout your life, you’ve been misunderstood for many reasons. They have called you with many names. But it’s ok, maafkan mereka and let them be. Tak kenal maka tak cinta kan? Your family and close friends are the one that really2 knows you inside out. So just sabar, stay humble and cheerful like you always do

“Ingat pesan Abang…ujian dari Allah diberikan kepada hamba2Nya yang terpilih dan Allah Swt takkan memberi ujian diluar kemampuan hambaNya. Dan jangan kita lupa bersama ujian itu, ada juga pertolongan dan peningkatan yang Allah Swt dah janjikan pada kita. Look at you today! Alhamdulillah

“It takes lots of courage and discipline to complete your studies while being an actress, daughter that supports own family, a wife and mum at the same time.

“But you went through it all with full dedication and penuh kesabaran Today is your convocation day. I just wanna say that I AM VERY PROUD OF YOU MY LADY  You must know that selagi Abg masih bernyawa, I’ll always be by your side and support you in whatever you’re doing.

“And Abg sentiasa doakan supaya anje terus sukses dan berjaya dalam hidup. Ameen Allah Humma Ameen. Congratulations again from me. Love, your sweet Raden” tulis suaminya panjang lebar.

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan tidak sangka Mawar mampu teruskan pengajian walaupun sudah sarat mengandung.