Matahari Tiruan Buatan China Lebih Panas Daripada Matahari Sebenar

Satu pasukan saintis dari China’s Hefei Institutes of Physical Science telah mengumumkan dimana ‘Matahari Tiruan’ yang dibuat dari reaktor Experimental Advanced Superconducting Tokamak (EAST) mereka telah berjaya mencecah suhu 100 juta darjah Celcius!

Untuk perbandingan, suhu matahari sebenar adalah sekitar 15 juta darjah Celcius. Ini bermakna Matahari Tiruan buatan China ini enam kali ganda lebih panas berbanding matahari sebenar.

Matahari tiruan ini dikatakan mampu menggantikan sumber tenaga dunia sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada petroleum.

Ia juga dikatakan mampu menjadi sumber kuasa tanpa had untuk semua penduduk di Bumi jika berjaya dilaksanakan.